Header Ads

Sana Sini Orang Sibuk Nak Travel, Perlu Ke? Menurut Islam, Ini Sebabnya


"Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau pengembara." (Hadis 40)

Mengembara dijadikan sebagai peringatan. Konsep untuk tidak bergantung kepada dunia semata-mata adalah penting untuk semua muslim. Ia mengingatkan kepada anda, kehidupan di dunia ini hanyalah satu persinggahan.

Walau bagaimanapun cara kita mengembara, sama ada menggunakan kapal terbang, kereta, atau berjalan kaki, kita secara tidak langsung mengembara pada kerohanian dan metafizikal. Mengembara juga mengingatkan tujuan kita di dunia dan ke mana arah tujuan kita sebenarnya. Mengembara merentasi dunia adalah simbol untuk diri kita sendiri. Seluruh kehidupan anda adalah proses satu perjalanan, yang mana anda tidak akan pernah tiba di destinasi. Kehadiran kita adalah satu usaha berterusan untuk keseimbangan dan keharmonian.

Mengembara juga adalah perspektif, yang mana hanya boleh dicapai melalui persekitaran harian kita. Mengembara boleh menjadi pengalaman yang berharga. Tidak semestinya anda perlu ke negara yang jauh, mungkin ke bandar yang berbeza untuk beberapa hari, mengenali diri anda, dan jauh dari kehidupan seharian.


Kita biasa dengar, "melalui mengembara, anda akan temui diri sendiri". Benar kata-kata itu. Kita sering terbiasa dengan sesuatu dan siapa diri kita sehingga kita boleh kehilangan sesuatu. Cari diri anda yang sebenarnya melalui persekitaran yang berbeza, yang jauh daripada rutin seharian anda.

Pada awalnya, anda mungkin akan mendapati diri anda sedikit gemuruh, tetapi lama-kelamaan anda akan menjadi lebih berani dan bersikap lebih terbuka.

Selain itu, mengembara juga membuatkan kita lebih merendah diri dan ada perasaan malu. Apabila kita sibuk dengan urusan seharian, kita sering terlepas pandang untuk melihat kebesaran Tuhan, dan melalui pengembaraan, anda dapat menghayatinya. Anda akan ingin menjejaki setiap gunung, hutan, dan laut. Dan tiada yang lebih membuatkan kita berasa rendah diri, selain ketika kita sedar betapa kerdilnya kita dibandingkan dengan segala ciptaan semulajadi di dunia.


Perjalanan yang mendidik kerohanian juga sentiasa ada, apabila anda melihat sesuatu yang menakjubkan, anda akan mengucap "SubhanAllah". Anda akan sentiasa mengingatiNya.

"Pergilah (merantaulah) dengan penuh keyakinan, nescaya engkau akan temui lima manfaat; ilmu pengetahuan, adab, pendapatan, menghilangkan kesedihan, dan persahabatan." (Imam Syafie)

Bermusafirlah, untuk melihat kebesaran Tuhan.
Dikuasakan oleh Blogger.