Header Ads

Rekaan Senibina UITM Berjaya Mengalahkan 59 Penyertaan Dari Seluruh Dunia


Tiga orang pelajar jurusan Sains Senibina UITM berjaya memperoleh Anugerah Anugerah Latitude daripada Universiti Westminister Sao Paulo.


Rekaan senibina yang dihasilkan telah mengalahkan 59 penyertaan lain dari seluruh dunia. Di samping itu, mereka telah berjaya mencipta sejarah dan mengharumkan nama negara dengan memenangi Cabaran Rekaan Antarabangsa Latitude 2016 yang dianjurkan oleh Universiti Westminster, London.

Tiga orang pelajar tahun pertama yang sedang menuntut dalam Ijazah Sarjana SeniBina tersebut ialah Mohamad Syaifuladli Mohamad Zaki, 26, Ahmad Azlan Abdul Aziz, 28, dan Nur Deena Ruslan, 24. Mereka menggelar pasukan mereka dengan nama 'Urban Chimney'.



Mereka diberikan peluang melihat lokasi penempatan setinggan yang memberikan mereka ilham untuk membuat rekaan yang dinamakan ‘Green Intervention’ itu.

Sumber: Made in UITM

Dikuasakan oleh Blogger.