Ramai yang tidak menyedari 11 perkara ini hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain


1. Anda tidak tahu bagaimana memutuskan hubungan dengan sesiapa sahaja.

Anda tidak tahu bagaimana caranya melepaskan orang yang memberi impak negatif dalam hidup anda kerana khuatir akan menyakiti perasaan mereka atau membuatkan mereka bencikan anda. Anda lebih rela berhubung dengan mereka daripada dibenci orang seumur hidup anda.

2. Anda meminta maaf untuk hampir semua perkara.

Anda sering menggunakan "sorry" atau "maaf". Anda meminta maaf untuk semua perkara walaupun bukan salah anda. Anda tidak suka orang lain berasa teruk tentang diri mereka. Maka, anda meletakkan kesalahan pada diri anda.

3. Anda tidak tahu bagaimana untuk bercakap 'tidak'.

Anda tidak pernah berkata tidak. Jika anda sedang jatuh sakit, anda tetap keluar bekerja. Walaupun anda keletihan kerana tidak cukup tidur, anda tetap keluar dengan kawan-kawan. Anda mengetepikan diri anda hanya kerana ingin membuatkan orang lain gembira.

4. Anda tidak meluangkan masa untuk diri sendiri.

Oleh kerana anda terlalu sibuk membuatkan orang lain berasa bahagia, anda jarang meluangkan masa untuk diri sendiri. Anda tidak pernah bercuti untuk relaks dan menikmati saat bersendirian. Anda lebih mementingkan orang lain berbanding diri anda sendiri.


5. Anda masih mengingati kenangan pahit.

Anda masih ingat kenangan lama yang anda tidak ingin ianya berlaku, tetapi anda telah melakukannya, kerana anda seorang yang baik atau seseorang menyuruh anda melakukannya. Anda masih mengingati kejadian tersebut dan berasa marah terhadap orang yang mengambil kesempatan atas kebaikan yang anda lakukan.

6. Ramai orang sering mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Keluarga dan rakan-rakan anda sering mengambil kesempatan anda kerana mereka tahu anda akan melakukan apa-apa sahaja untuk mereka. Namun, jika rakan anda memaksa anda untuk melakukan sesuatu yang anda tidak selesa, jangan ambil risiko yang akan menghancurkan hidup anda - hanya kerana ingin mengekalkan hubungan persahabatan.

7. Sesetengah orang menganggap anda lemah.

Sesetengah orang tidak faham mengapa anda berkorban untuk ramai orang dan mengapa anda sangat mengambil berat tentang mereka. Mereka tidak faham bahawa cara itu memberikan anda kepuasan apabila melihat orang lain tersenyum, dan mereka benar-benar tidak faham bagaimana seseorang boleh mengetepikan perasaan mereka sendiri hanya untuk orang lain.


8. Anda tidak tahu bersikap mementingkan diri sendiri.

Anda tidak tahu membuat keputusan hanya untuk diri sendiri atau melakukan sesuatu yang anda inginkan jika ada orang yang tidak bersetuju dengan idea anda. Anda berasa sangat tidak selesa melakukan sesuatu yang orang tidak bersetuju dengan sesuatu perkara itu, terutama orang yang anda ambil berat. Anda lebih rela membuatkan mereka berasa lebih baik, berbanding mengejar sesuatu yang anda benar-benar perlukan dan inginkan.

9. Anda lebih rela menyakiti diri sendiri berbanding orang lain.

Sebelum anda menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu, untuk diri anda, anda akan berfikir "apa kawan aku fikir nanti?" "macam mana orang yang aku sayang akan rasa?" Anda akan membuatkan keputusan bukan untuk perasaan anda, tetapi untuk perasaan orang lain.

10. Anda masih berpegang teguh pada persahabatan dan hubungan lepas walaupun mereka tidak mempedulikan anda.

Anda masih mengambil tahu tentang bekas kekasih dan bekas kawan baik anda kerana anda tidak ingin mengecewakan mereka atau menyakiti hati mereka. Sedangkan hakikatnya, anda membuatkan diri anda semakin teruk. Anda perlu melepaskan semua itu.

11. Anda adalah raja dan permaisuri dalam menganalisis semua perkara secara mendalam.

Tidak ada perkara yang anda tidak pernah menganalisis secara mendalam. Anda tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara tersebut, tetapi sebelum anda melakukan sesuatu perkara, anda sering bertanya pendapat orang lain dan anda sering ingin melakukan sesuatu untuk mereka. Semuanya kerana perasaan mereka. Semuanya kerana apa yang sesuai untuk mereka. Tidak pernah sekali pun, dan tidak akan sesekali pernah untuk diri anda atau keperluan anda.

Kongsikan Artikel Ini



Nama

artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,15,cinta,47,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,93,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,54,keluarga,1,kenderaan,1,kerjaya,2,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,9,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Ramai yang tidak menyedari 11 perkara ini hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain
Ramai yang tidak menyedari 11 perkara ini hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain
https://3.bp.blogspot.com/-qz3bXMho-7M/WK_7ULmJEpI/AAAAAAAAEg0/x8LfNQT86Z8yfWAkkmQ7HJ1ZvHg01p2EwCLcB/s1600/Sad%2BMan%2Bat%2BSeaside-preview.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-qz3bXMho-7M/WK_7ULmJEpI/AAAAAAAAEg0/x8LfNQT86Z8yfWAkkmQ7HJ1ZvHg01p2EwCLcB/s72-c/Sad%2BMan%2Bat%2BSeaside-preview.jpg
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/02/ramai-yang-tidak-menyedari-11-perkara.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/02/ramai-yang-tidak-menyedari-11-perkara.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy