Header Ads

'Puteri Tenggiling' di China telah ditangkap kerana suka makan haiwan terancam


Seorang wanita di China yang digelar "Puteri Tenggiling" kerana seleranya pada haiwan terancam, telah ditangkap dan kini dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun selepas dia memuat naik gambar makanannya.

Seorang pengguna Weibo telah berkongsi screenshot tentang post daripada pengguna lain yang bernama "Zhanfangdeduoduo" pada tahun 2011 dan 2012, yang sedang menunjukkan semangkuk "sup lapan haiwan", termasuklah haiwan yang dilindungi seperti tenggiling, angsa, dan ular yang telah dimasak selama lima jam.


Wanita tersebut, yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa sebagai Lin, mengatakan sup tersebut sangat berkhasiat sehinggakan hidungnya mulai berdarah.

Dia turut berkongsi gambar "nasi goreng darah tenggiling", yang diakuinya sangat "istimewa".


Terdapat juga "sup tenggiling dan kulat ulat beluncas", yang kelihatan dan berbunyi agak meloyakan, tetapi menurutnya, makanan tersebut sangat sedap. Selain berkongsi makanan, dia turut memuat naik gambar haiwan ketika mereka masih hidup dan dikunci dalam sangkar.



Sumber: Next Shark
Dikuasakan oleh Blogger.