Header Ads

Pelayan restoran melihat seorang pelanggan sukar makan kerana cerebral palsy, ini yang dilakukannya


Lee Bondurant, seorang penduduk di Norht Carolina yang berusia 51 tahun, sedang berusaha untuk menikmati saat makan bersama-sama dengan ibunya apabila seorang yang tidak dikenali menawarkan diri untuk membantu ibunya.

Ibu kepada Lee, Linda Bondurant-Snow, cuba untuk menyuap dirinya dan anak lelakinya. Selepas mengetahui bahawa Lee menghidap cerebral palsy, Five, seorang pelajar kolej dan pelayan, berehat seketika daripada kerjanya untuk menyuap Lee.



Linda berkata, Five menghampiri mereka dan bertanya jika Lee pernah makan tiram. Apabila Linda berkata tidak, Five memberikan Lee makanan tiram buat kali pertama. Linda berasa sangat terharu dengan perbuatan Five.

Linda telah berkongsi kisah ini di page Lee. Dia sangat menghargai khidmat Five dan mencadangkan kepada orang lain untuk meminta khidmat Five ketika pergi ke restoran tersebut.

Selepas kejadian itu, Linda berharap manusia akan belajar kepentingan untuk melayan setiap individu yang mempunyai keperluan khas. Sejak dari itu, Lee dan Five telah berkawan baik, dan mereka sering berkunjung ke sana untuk menemui Five.



Dikuasakan oleh Blogger.