Header Ads

Orang bijak tidak akan berkata 10 perkara ini, terutama ketika bekerja


Terdapat beberapa perkara yang anda tidak ingin ucapkan ketika bekerja. Kata-kata ini membawa kuasa istimewa: ia mempunyai kebolehan luar biasa untuk membuatkan anda kelihatan tidak sopan walaupun kata-kata anda adalah benar. Perkara paling teruk adalah apabila anda tidak boleh menarik semula kata-kata anda.

Tidak kira betapa berbakatnya anda atau sejauh mana pencapaian anda, terdapat beberapa ungkapan yang akan mengubah persepsi orang ramai terhadap anda buat selama-lamanya, kerana ia penuh dengan perkara negatif.

1. "Selama ni kan buat macam ni." 
Dengan berkata begitu, bukan sahaja membuatkan anda kelihatan malas dan tidak ingin berubah, malah, majikan anda akan berfikir mengapa anda tidak cuba untuk meningkatkan sesuatu perkara dengan usaha sendiri.

2. "Bukan salah saya." 
Bukanlah satu idea yang bagus untuk menyalahkan orang. Jadilah seorang yang bertanggungjawab. Jika anda mempunyai peranan - walaupun kecil - biar apa pun kesalahannya, bertanggungjawablah. Jika tidak, cadangkan satu objektif, dan berikan penerangan terhadap apa yang berlaku. Serahkan kepada majikan dan rakan sekerja yang lain untuk memberikan kesimpulan tentang siapa yang perlu dipersalahkan.


Apabila anda mula menuding jari, ketika itulah ramai orang akan memandang anda sebagai orang yang tidak bertanggungjawab terhadap tindakan anda. Ramai yang akan mengelakkan diri daripada bekerjasama dengan anda, dan mereka akan menyalahkan anda jika berlaku kesalahan.

3. "Saya tidak boleh."
Ramai yang tidak suka mendengar "saya tidak boleh" kerana mereka berfikir ianya bermaksud saya tidak akan melakukannya. Dengan mengucapkan saya tidak boleh, bermakna anda tidak sanggup untuk melakukan apa yang perlu supaya kerja dapat diselesaikan. Jika anda tidak dapat melakukan sesuatu kerana kekurangan kemahiran yang diperlukan, anda perlu mencari solusi alternatif.

Daripada menuturkan apa yang anda tidak boleh lakukan, katakan apa yang anda boleh lakukan. Sebagai contoh, berbanding mengatakan "saya tidak dapat bekerja sehingga malam," ucapkan "saya boleh datang awal pada hari esok. Bolehkah begitu?" ataupun "saya tidak boleh buat nombor-nombor ini," ucapkan "saya tidak tahu melakukan jenis analisis ini. Ada sesiapa yang boleh tunjukkan pada saya supaya selepas ini saya boleh buat sendiri?"


4. "Ini tidak adil."
Mengatakan tidak adil membuatkan anda kelihatan tidak matang. Jika anda tidak ingin diri anda kelihatan begitu, anda perlu berpijak di bumi nyata dan bersifat yakin.

Sebagai contoh, jika anda tidak berpuas hati rakan sekerja anda ditugaskan untuk projek besar yang anda idamkan, anda boleh bertanya kepada majikan tentang mengapa rakan sekerja anda dipilih dan mengapa anda tidak dipilih supaya anda dapat meningkatkan kemahiran tersebut.

5. "Itu bukan kerja saya."
Ungkapan sebegini membuatkan anda kelihatan hanya sanggup untuk melakukan keperluan minimum, dan hanya sekadar mendapatkan gaji. Ini adalah satu perkara yang tidak baik. Jika majikan anda meminta anda melakukan sesuatu yang anda rasa tidak sesuai denga jawatan anda, cara terbaik adalah dengan menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh.

Kemudian, berbincanglah dengan majikan anda tentang peranan anda dalam syarikat dan sama ada tugasan anda perlu dikemas kini. Ini akan membolehkan anda dan majikan anda mempunyai persefahaman dalam jangka masa panjang tentang apa yang anda perlu dan tidak perlu lakukan.


6. "Ini mungkin idea bodoh.../saya ingin bertanya soalan bodoh."
Kata-kata ini mencerminkan kredibiliti anda. Walaupun kata-kata ini diikuti dengan idea yang hebat, mereka menyangkakan anda kurang keyakinan diri. Jika anda tidak tahu, katakan "saya tidak mempunyai maklumat tentang itu buat masa ini, tetapi saya akan mencari dan maklumkan semula."

7. "Saya akan cuba."
Seperti mana perkata fikir dan cuba, kelihatan sementara dan kekurangan keyakinan dalam pelaksanaan tugasan. Jika anda diberikan tugasan, sama ada anda melakukannya atau tawarkan alternatif, tetapi jangan ucapkan yang anda akan mencuba kerana ia membuatkan anda kelihatan tidak bersungguh-sungguh.

8. "Ini ambil masa seminit sahaja."
Anda akan kelihatan tergesa-gesa dalam melaksanakan tugasan. Jika anda benar-benar dapat menyiapkan tugasan dalam masa seminit, katakan ianya tidak akan mengambil masa yang lama.

9. "Saya benci kerja ini."
Perkara terakhir yang ramai tidak ingin dengari di tempat kerja ialah seseorang yang mengadu tentang betapa bencinya mereka terhadap pekerjaan mereka. Dengan berbuat demikian, anda akan dilabel sebagai orang yang negatif dan menjatuhkan moral. Majikan anda pula tahu bahawa masih ramai orang di luar sana yang ingin menggantikan tempat anda.

10. "Dia malas/teruk."
Jika tuduhan anda adalah benar, semua orang sudah tahu tentang itu, jadi tidak perlu menghebohkannya. Jika tuduhan anda tidak benar, orang akan memandang serong terhadap anda. Jika anda tidak ingin membantu seseorang itu memperbaiki dirinya, anda tidak perlu kecoh tentang itu.
Dikuasakan oleh Blogger.