Header Ads

Nokia 3310 Yang Klasik Akan Membuat Kemunculan Semula Pada Tahun Ini


Nokia akan membawa semula Nokia 3310 yang menggamit nostalgia pada tahun ini. Telefon ini antara tiga telefon yang akan berada di Kongres Dunia Telefon di Barcelona pada bulan ini.

Sebelum telefon pintar menjadi sangat terkenal, Nokia berjaya mengeluarkan telefon yang terkenal dalam industri. Salah satu alat yang paling diketahui ramai ialah 3310, telefon bimbit yang berjaya dijual sebanyyak 126 juta unit di seluruh dunia.

Selepas hampir 17 tahun pengeluaran telefon itu, 3310 masih diingati dengan reka bentuk yang hampir tidak boleh dimusnahkan dan jangka hayat bateri yang cemerlang. Pencirian telefon tersebut masih belum didedahkan, tetapi dipercayai rekaan yang sama seperti rekaan asli. Jangka hayat dan kualiti telefon itu akan menjadi tumpuan, dan harga telefon tersebut sangat kompetitif untuk menambat hati pengguna yang pernah menggunakannya untuk dijadikan telefon kedua.

Walaupun pelancaran semula 3310 ini kelihatan sia-sia, tetapi ia boleh menjadi idea yang bernas juga. Nokia boleh menjual banyak unit kepada mereka yang masih mempunyai banyak kenangan hebat dengan telefon yang asli, dan jika tidak mempunyai kenangan, pelancaran semula ini pasti memberikan sinar minat baru dalam jenama Nokia.

Dikuasakan oleh Blogger.