Header Ads

Masa Yang Dihabiskan Pada Media Sosial Sebenarnya Lebih Baik Dihabiskan Untuk Aktiviti Ini


Membaca adalah lebih daripada sekadar aktiviti untuk rekreasi dan menyumbang kepada pembangunan diri selain menjadikan seseorang itu berpengetahuan. Walaupun ramai yang ingin membaca, tetapi ramai yang sukar mencari waktu membaca, terutama dalam kehidupan yang sibuk ini.

Pakar telah menjalankan kajian untuk mengetahui berapa masa yang diperlukan seseorang unutk membaca 200 buku setahun, dan jumlahnya adalah 417 jam. Mungkin ini kelihatan agak banyak, mereka juga mendapati jumlah masa yang dihabiskan pada media sosial adalah 608 jam setahun.

Langkah pertama untuk melatih diri lebih membaca ialah atasi ketagihan media, yang mana agak sukar, dan ini boleh diikuti dengan menjadikan diri anda dikelilingi dengan sebanyak buku yang mungkin. Tidak menjadi terlalu memilih dan fokus pada lebihkan membaca dapat membantu anda.

Cuba semua cara seperti buku audio, membaca buku menggunakan telefon pintar, dan membaca pada semua tempat yang sesuai.

Dikuasakan oleh Blogger.