Header Ads

Malaysia Airlines Melancarkan Promosi Istimewa Ke London


Malaysia Airlines sedang menawarkan perjalanan pergi-balik Kelas Ekonomi dengan tambang dari RM2,299 pada Februari ini ke London.

Promosi ini bermula semalam sehingga 7 Feb dan boleh digunakan untuk perjalanan segera sehingga 20 Dis 2017.

Tambang itu termasuklah daftar masuk bagasi 30kg, makanan dalam penerbangan, dan tanpa caj kad kredit.

Syarikat penerbangan itu juga menawarkan pelanggan dengan keselesaan yang lebih baik sepanjang perjalanan, termasuklah skrin IFE secara individu, serta ruang duduk Kelas Ekonomi yang selesa.

Malaysia Airlines mempunyai penerbangan dari Kuala Lumpur ke London dua kali sehari dengan ketibaan ke London-Heathrow awal pagi dan petang.

Sumber: Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.