Header Ads

Kisah sebenar di sebalik gambar Impala dan cheetah; bukan kerana menyelamatkan anaknya


Baru-baru ini, sekeping gambar menjadi tular di media sosial kerana membangkitkan kuasa dan emosi. Gambar ini menunjukkan dua ekor cheetah menyerang seekor impala tetapi apa yang menarik perhatian ramai ialah reaksi impala tersebut yang kaku. Walau bagaimanapun, gambar ini dikongsikan dengan kisah bahawa impala tersebut mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan anak-anaknya dan jurugambar tersebut menjadi murung selepas mengambil gambar ini. Tahukah anda, kisah ini adalah rekaan.

Jurugambar gambar ini, Alison Buttigieg, mendedahkan kisah sebenar di Facebook. Kemuncak kerjaya fotografinya menjadi mimpi ngeri apabila gambarnya yang menjadi tular dengan kisah rekaan, termasuklah dengan pelanggaran hak cipta.

Kisah sebenar di sebalik gambar ini ialah impala tersebut bukan sedang menyelamatkan anak-anaknya, tetapi impala sedang terkejut dan badannya kaku kerana ketakutan.


Dikuasakan oleh Blogger.