Header Ads

Kerana rakan yang cemburu, wajah wanita Pakistan ini disimbah asid


Seorang wanita Pakistan ditinggalkan dengan parut yang mengerikan pada wajahnya selepas diserang oleh rakannya yang cemburu, yang tidak menginginkannya menjadi seorang pramugari dalam serangan asid.

Kanwal Qayyum, 29, cedera teruk selepas disimbah dengan asid sulfurik ketika sedang tidur di sisi rakannya yang tidak suka Kanwal menjadi seseorang yang lebih baik.

Dia kehilangan hidungnya dalam serangan tersebut dan pakar bedah telah menghabiskan masa berdekad lamanya untuk membina semula bentuk hidungnya.



Kanwal telah berkongsi gambarnya yang terkini dengan wajah yang dibentukkan semula menggunakan tisu dari pehanya. Gambar tersebut menunjukkan perubahan luar biasa pada penampilan Kanwal sejak serangan 10 tahun lalu.

Kanwal turut melalui pembedahan rambut untuk mencipta dua kening dan bulu mata baru yang diambil daripada kulit kepala bahagian belakang, yang dijalankan oleh Asim Shahmalak, dari Manchester. Sebelum pembedahan, Kanwal hanya menggunakan pen hitam supaya dirinya kelihatan mempunyai kening. 

Asid yang digunakan untuk menyerang Kanwal boleh dibeli dengan mudah di kedai berhampiran rumahnya dengan kuantiti yang sedikit, tanpa sebarang masalah.




Dikuasakan oleh Blogger.