Header Ads

Kenali Shamma Al Mazrui, menteri paling muda di dunia


Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum melantik Shamma Al Mazrui sebagai menteri belia negara. Pengumuman tersebut, secara rasminya, menjadikan wanita berusia 22 tahun itu sebagai menteri paling muda di dunia.

Shamma dilantik selepas menamatkan pengajian dari Universiti New York (NYU), Abu Dhabi dengan ijazah sarjana muda dalam Ekonomi, dan selepas beliau memperoleh ijazah sarjana dari Universiti Oxford sebagai Sarjana Rhodes.

Shamma dilantik untuk menguruskan generasi muda dan menjalinkan hubungan antara mereka dan entiti awam negara.

Dikuasakan oleh Blogger.