Header Ads

Ingin Menjadi Lelaki Paling Kuat Di Dunia, Lelaki Ini Mengangkat Bata Menggunakan Kelopak Matanya Sambil...


Seorang lelaki yang berani dan profesional telah melakukan demonstrasi caranya membuatkan penonton teruja dengan aksi ngeri.

Lelaki kuat, Ghulam Farooq mengangkat batu-bata menggunakan kelopak matanya sambil berdiri di atas paku dan membengkokkan besi dengan hanya menggunakan giginya.





Lelaki berusia 32 tahun ini, yang juga boleh menggunakan rahangnya untuk menarik sebuah bas mini yang dipenuhi dengan penumpang, mendakwa dirinya telah menguasai lebih daripada 50 aksi yang boleh meragut nyawanya atau memusnahkan sebahagian anggota badannya.



Kekuatannya yang luar biasa dan berani memberikannya gelaran "Rahang Besi".

Ghulam yang berasal dari Pakistan mengakui dirinya suka dan mahir melakukan aksi lasak sehingga menjadikannya satu pekerjaan. Dia meneruskan minatnya di bawah pemantauan veteran aksi lasak, Ustad Sher Jan Baloch.

Dia turut membuka program latihan untuk membantu generasi muda mempelajari aksi lasak dan berkata impiannya hanya untuk menjadi lelaki paling kuat di dunia.






Dikuasakan oleh Blogger.