Header Ads

Hope Diselamatkan Setahun Lalu Daripada Kebuluran, Kini Memulakan Persekolahannya


Pekerja bantuan dari Denmark yang telah menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang telah dipulaukan oleh masyarakat di Nigeria, kini telah mula bersekolah sejak seminggu lalu.

Anja Ringgren Loven telah mengubah kehidupan Hope dengan memberinya minuman daripada botol, yang telah dikongsikan di seluruh dunia setahun yang lalu.


Loven dan suaminya, David Emmanuel Umem, menjalankan sebuah pusat penjagaan anak yatim di timur selatan Nigeria untuk anak-anak yang dibuang oleh keluarga mereka kerana kepercayaan tahyul, yang dinamakan African Children's Aid Education and Development foundation (ACAEDF).

Pasangan suami isteri ini memberi nama Hope kepada kanak-kanak berusia dua tahun ini pada 30 Januari 2016, selepas Hope dituduh menjadi ahli sihir. Badan Hope terlalu kurus, dipenuhi dengan cacing, dan menderita hypospadias (masalah saluran kencing).

Loven dianugerahkan "orang paling terinspirasi pada tahun 2016" oleh Majalah Ooom Jerman pada penghujung tahun 2016.







Dikuasakan oleh Blogger.