Header Ads

Graduan Universiti Middlesex dari Malaysia Mencipta 'Aiskrim Nasi Lemak'


'Aiskrim Nasi Lemak', bunyinya agak aneh dan pelik tetapi Melissa Tan Chia Hiu, 25, telah berjaya mencipta produk inovatif, iaitu nasi lemak berperisa aiskrim.

Melissa, seorang graduan dari Universiti Middlesex, London bertekad meninggalkan kerjayanya sebagai seorang pereka grafik di Pulau Pinang untuk memberikan sepenuh perhatian kepada produknya yang dipasarkan di bawah jenama 'Skream Softserve'.

Sebagai seorang pencinta nasi lemak, Melissa berkata bahawa dia mendapat idea untuk memberikan dimensi baru kepada makanan tradisional Melayu yang sangat disukai oleh semua bangsa di negara ini.

"Ini bukanlah gimik dan saya bukan hipster yang cuba menarik perhatian. Matlamat saya ialah untuk menghasilkan sesuatu yang enak, supaya orang menyukainya, dan akhirnya bersetuju yang ini adalah aiskrim nasi lemak," katanya.


"Walaupun nasi tidak disediakan, lauk utama nasi lemak seperti kacang, ikan bilis, sambal, telur rebus, dan timun akan ditaburkan ke atas aiskrim nasi lemak," katanya kepada Bernama.

Serai dan santan digunakan sebagai bahan dalam aiskrim untuk menjadikan rasanya seperti nasi lemak. Malah, semua bahan adalah segar dan bebas dari pengawet dan bahan kimia. Melissa mengambil masa tiga bulan melakukan kajian sebelum terhasilnya perasa nasi lemak yang sempurna.

Pada hari pertama, Melissa dapat menjual sebanyak 30 cawan tetapi kelmarin, dia berjaya menjual sebanyak 144 cawan yang berharga RM10 setiap cawan.

Dia turut menerima banyak komen negatif di media sosial. Buat mereka yang mengatakan Melissa gila dan produknya menjijikkan, apa kata anda cuba dahulu sebelum mengkritik?

Sumber: New Straits Times
Dikuasakan oleh Blogger.