Header Ads

Fizikal haiwan ini sebagai seekor kucing, tetapi mengapa suaranya kedengaran berbeza?



Ramai manusia yang berada dalam keadaan dilema dalam memikirkan siapa kita dan apa yang kita ingin lakukan. Haiwan juga melalui perkara yang sama!

Kucing juga kadang-kadang terlupa apa mereka sebenarnya dan membuat bunyi yang melucukan. Haiwan ini suka menarik perhatian dengan mengiau dan berjaya menambat hati semua orang. Tetapi, ada kucing yang keliru dan membuat bunyi yang aneh.

Kucing biasa ini bernama Rory, mempunyai kemahiran berbeza. Rory memilih untuk mengembek seperti seekor kambing.



Video ini merupakan kompilasi saat-saat Rory mengembek. Kemungkinan anak kucing ini sedang mengalami krisis identiti.



Satu lagi video menampilkan seekor kucing yang suka melakukan bunyi aneh. Xander, seekor kucing yang comel dengan mata yang besar dan memiliki rupa seperti kanak-kanak yang tidak bersalah, tidak selalu mengiau. Menurut tuannya, kucing ini suka membuat bunyi aneh atau mengembek.



Tuannya tidak dapat meneka bunyi yang dibuat oleh Xander sama ada mengembek, kicauan burung, atau bunyi alien. Cuba lihat video di bawah dan anda tentukan bunyi tersebut.


Dikuasakan oleh Blogger.