Header Ads

Disangka objek hitam biasa di tepi jalan, rupa-rupanya ini yang berlaku


Pengalamanku....

Kuatkan hati utk membaca.....

Salam semua, terima kasih sebab approved saya. Dekat sini saya cuma nak kongsikan satu pengalaman saya yang baru terjadi semalam.



Kucing hitam ni saya jumpa di gombak, kebetulan masa lalu dengan kereta tanpa berhenti bersama dua org lagi kawan saya. Saya ingt kan apalah objek hitam atas jalan, bila lalu tepi baru perasan rupanya sekor kucing yang baru lepas kena langgar (tgk dari kecederaan, mungkin kena langgar dengan kereta) mula2 saya ingatkan dah mati, tapi still hidup lagi 😔jadi mula fikir mungkin ada org lain akan tlg. Tapi sebab saya fikir dia pun mahluk Allah. Saya minta kawan utk u-turn ke tmpt kucing tu kena langgar.

Bila saya sampai dekat kucing tu, mmg ada sorang abang ni baru sampai. Tapi hanya mampu tgk. Saya turun dari kereta utk tgk kucing ni. Tuhan je tahu macam mana perasan ni. Keadaan kucing ni teruk sangat dengan mata terkeluar. Jadi saya fikir lebih baik alihkan ketepi jalan, baru perasan yang tangan kucing dah patah n hancur.

Sebab tak sampai hati, saya n kawan bawa kucing ni ke klinik sekitar sri gombak. Malangnya kebanyakkan klinik tutup sebab masa jumpa pun nk dkt maghrib. Jadi saya decide nk bawa ke klinik vet bersebelah dengan lrt titiwangsa. Sepanjang dalam kereta kucing ni duduk baik dlm kotak, cuma kejap2 dia meronta (mungkin terlalu sakit) tapi yang menyedihkan bila dia keluarkan kepala dari kotak, n pandang tepat ke saya.


Sampai je klinik, terus masuk ke bilik utk doktor buat check up. Bila doktor keluar dari kotak, baru perasan yg sebelah muka da terseret atas jalan. Lepas 3-5 minit doktor periksa, pembantu klinik bagitahu yang condition kucing ni 50-50. Condition kucing mmg teruk sebab mata terpaksa dibuang, tangan perlu dipotong, rahang atas dah bawah terbuka luas n dlm mulut terlampau banyak yang cedera berlubang. Saya tanya utk total cost is around rm7-8k plus itu tak termasuk lagi utk implan/masuk besi di tangan around rm2k plus. Mungkin kalau rm3-4k saya gagahkan diri utk cari n bantu kucing ni. Tapi atas nasihat org lain lebih baik tidurkan kucing ni sebab keadaan dia da terlalu nazak. Saya taktahu nak buat keputusan. Jadi saya keluar dengan menangis dari bilik tu sebab tak sanggup nk bagi jawapan. Jadi kawan saya decide utk tidurkan kucing ni dari terseksa.


Selesai je doktor bagi injection, saya masuk nk tgk kucing. Tapi saya tengok still bernafas perlahan, cuma dia kaku mcm dlm gmbr. Saya tanya pada pembantu klinik, kenapa bernafas. Mungkin sebab reaction ubat, tapi slowly akan stop bernafas. Saya tunggu kucing tu dlm 10 minit, still lagi bernafas. Bila pembantu klinik dtg bawa kotak, dia pun terkejut bila kucing still bernafas. Even doktor da bg 5ml ubat utk tidurkan which mmg byk tu untuk seekor kucing. Tapi mungkin kucing ni tahu kot doktor nk tidurkan dia selamanya. Doktor terpaksa bagi 2nd injection, after that baru dia tidur.

Hati saya still rasa sedih n serba salah sampai hari ini betul @ salah ke keputusan yang dibuat?

Dipetik drpd Nur Syahifa

Kredit: Kelab Pencinta Kucing Malaysia
Dikuasakan oleh Blogger.