Header Ads

Dilabel 'Wanita Paling Buruk Di Dunia', Dia Telah Mengubah Hidupnya Dengan Cara Mengejutkan!


Lizzie Velásquez dilahirkan dengan sindrom neonatal progeroid, satu penyakit genetik yang jarang berlaku yang menjejaskan jantung, tulang, dan matanya. Penyakit ini juga menghalangnya daripada kenaikan berat badan. Lizzie dilahirkan pada 13 Mac 1989 di Austin, Texas.

Dia berkata, dia sering dibuli ketika membesar kerana rupanya. Dia mengakui bahawa pegangan agamanya sebagai Roman Katolik membantunya untuk kekal kuat dan positif. Ibu bapanya juga menjaganya dengan penuh kasih sayang.


Lizzie tidak menyedari keadaan dirinya yang berbeza sehinggalah dia memasuki tadika. Kanak-kanak yang tidak ingin duduk di sebelahnya menuding jari terhadapnya.

Apabila dia memberitahu apa yang terjadi di sekolah, ibu bapa memastikan dirinya berasa berharga. "Tiada apa yang salah tentang kamu, kamu cuma lebih kecil berbanding kanak-kanak yang lain. Awak cantik dan boleh mencapai apa sahaja," Lizzie memberitahu kata-kata ibu bapanya.

Para doktor memberitahu ibu bapanya yang mereka mungkin perlu menjaganya sepanjang hayat Lizzie. Walaupun ibu bapanya dapat menerima keadaan tersebut, dia akui sukar untuk menerima keadaan dirinya sendiri. "Saya ingin kelihatan seperti orang lain, dan saya tidak dapat mencari jalan untuk melakukannya. Saya tidak dapat menyalahkan para doktor atau ibu bapa saya, jadi saya menyalahkan diri sendiri."


Semuanya mula berubah ketika memasuki sekolah menengah. Dia pernah menjadi seorang penulis untuk akhbar sekolah dan jurugambar untuk majalah sekolah. Dia turut menyertai pasukan sorak, memakai pakaian seragam dengan bangga.

Ketika berusia 17 tahun, dia sedang melayari Youtube untuk mencari video muzik. Kemudian, dia terjumpa videonya yang digelar "wanita paling buruk di dunia." "Saya merasakan seperti seseorang meletakkan penumbuk di skrin komputer dan menumbuk saya secara fizikal. Saya menangis," akuinya. Menurut Lizzie, video tersebut mempunyai empat juta penonton dan bahagian komen dipenuhi dengan orang mengejeknya.


Memilih untuk meneruskan hidup berbanding bersembunyi, dia meneruskan hidupnya. Dia telah menamatkan pengajian dari Texas State University dalam bidang komunikasi. Pada tahun 2013, dia telah menyertai bual bicara TEDx di Austin. Videonya telah mendapat perhatian ramai.

Dia juga menulis sebuah buku bersama-sama dengan ibunya berjudul Lizzie Beautiful: The Lizzie Velásquez Story. Dia turut menulis dua buah buku berjudul Be Beautiful, Be You dan Choosing Happiness. Sebuah dokumentari tentang kehidupannya ditayangkan pada 2015, A Brave Heart: The Lizzie Velásquez Story.







Dikuasakan oleh Blogger.