Header Ads

Buku teks di India menggalakkan pelajar membunuh kucing sebagai eksperimen


Penulis buku teks Class IV di India, baru-baru ini dikritik, selepas didedahkan dalam satu pembelajaran terhadap kepentingan bernafas, yang menggalakkan para pelajar untuk melakukan eksperimen termasuklah menyeksa kucing.

Sukar untuk mempercayai bahawa buku teks sekolah untuk pembelajaran persekitaran yang mengajar kanak-kanak semuda 9 tahun untuk membunuh haiwan sebagai eksperimen, tetapi agak menyedihkan kerana ini perkara benar.

Seorang pengguna Twitter, Lola Kuttiamma berkongsi beberapa gambar tentang perenggan dalam buku tersebut.


Adakah ini pendidikan? Malah, mereka menyarankan untuk menggunakan anak kucing berbanding kucing dewasa.

Pihak penerbit telah dimaklumkan tentang masalah tersebut beberapa bulan lalu. Mereka akan mengeluarkan buku yang telah disemak semula pada tahun hadapan.
Dikuasakan oleh Blogger.