Header Ads

Berasa Geram Dengan Orang Yang Makan Berbunyi? Ini Sebabnya


Para saintis mengatakan orang yang tidak dapat menerima bunyi kunyahan atau bunyi klik pen mempunyai keabnormalan pada otak.

Ketika mana ramai yang mendengar bunyi-bunyi itu rasa menjengkelkan, mereka yang mengalami misophonia melaporkan berasa jijik mendengar bunyi tersebut. Malah, orang yang mengalami masalah misophonia bertindak dengan reaksi "lawan atau melarikan diri", bermaksud menahan diri apabila mendengar bunyi tersebut atau melarikan diri daripada situasi itu.


Orang yang mengalami misophonia juga mengalami peningkatan kadar degupan jantung dan berpeluh apabila berhadapan dengan bunyi tersebut. Terdapat perbezaan dalam "mekanisma kawalan emosi" yang menyebabkan otak keletihan ketika mendengar bunyi itu.

Olana Tansley-Hancock, 29, dari Ashford, Kent, berusia lapan tahun apabila dia tidak dapat menerima waktu makan bersama keluarganya. "Bunyi ketika keluarga saya sedang makan memaksa saya masuk ke bilik tidur untuk makan sendirian. Saya hanya dapat menggambarkannya seperti perasaan ingin menumbuk muka orang apabila mendengar bunyi ketika makan - dan sesiapa yang mengenali saya akan berkata itu bukan saya," katanya.

Selepas pendedahan kajian tentang misophonia, dia telah mengubah gaya hidupnya dengan mengurangkan kafein dan pengambilan alkohol, serta menggunakan headphones ketika memasuki panggung wayang. Kajian ini juga membuka peluang untuk pengurusan yang lebih baik.

Dikuasakan oleh Blogger.