Header Ads

Apple sedang memeriksa masalah iPhone yang dikatakan 'meletup'


Pihak Apple sedang menyiasat satu kes yang didakwa oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat berkenaan telefon iPhone 7 Plus miliknya yang "meletup" dan terbakar.

Brianna Olivas, 18, dari Tucson, Arizona, sedang tidur berhampiran dengan telefonnya apabila teman lelakinya menyedari telefon tersebut berasap dan mengeluarkan bunyi aneh.

Teman lelakinya menjauhkan telefon tersebut darinya dan merakamkan video, yang jelas kelihatan mengeluarkan asap.




Apple telah menggantikan telefon dan bekas telefon yang telah rosak.

Brianna memberitahu bahawa dia menyedari telefon tersebut, yang dibeli pada Januari lalu, mempunyai masalah sehari sebelum kejadian tersebut berlaku, apabila telefon tersebut tidak dapat dihidupkan dan membawanya ke kedai.


Pihak kedai dapat menghidupkan telefon tersebut dan memeriksa masalah tersebut. Mereka berkata bahawa telefon itu tidak mempunyai sebarang masalah. Namun, keesokan harinya, dia mendapati telefonnya terbakar.

Pihak Apple sedang menyiasat masalah ini.
Dikuasakan oleh Blogger.