Header Ads

Anjing Berpura-pura Cedera Di Kaki Berjaya Menarik Perhatian Ramai


Disebabkan ramai manusia yang suka menipu, sesetengah orang memilih haiwan berkaki empat sebagai peneman. Tetapi, mereka akan kurang mempercayai haiwan peliharaan mereka selepas menonton video ini.

Salah seorang pengguna Facebook, Nannaphat Thaiudomsap telah memuat naik satu video tentang seekor anjing yang licik, baru-baru ini. Kapsyen video tersebut "Kasihan anak anjing!" telah menarik lebih 3 juta penonton, tetapi tunggu sehingga penghujung video untuk mengetahui cerita sebenar.

Anjing yang kelihatan lumpuh mengheret kakinya di atas jalan dan menghalang trafik. Apabila seorang pemandu teksi yang berhati mulia ingin membantu, anjing tersebut berjalan menggunakan keempat-empat kakinya dan berlalu pergi.

Kadangkala anjing akan mengheret badan mereka kerana kegatalan, jangkitan, atau cacing. Mereka yang memelihara anjing tahu kelakuan ini adalah normal, dan orang biasa akan melihatnya dengan simpati.

Mungkin ini yang dilakukan oleh anjing itu tetapi, anjing tersebut perlu memilih tempat lain selain di tengah jalan.

Lihat video di bawah:



Dikuasakan oleh Blogger.