Header Ads

Anak Sulung Lebih Bijak Berbanding Adik-beradik Yang Lain


Anak sulung adalah lebih bijak berbanding adik-beradik yang lebih muda, menurut kajian baru.

Pakar ekonomi di Universiti Edinburgh mengatakan anak sulung mempunyai keputusan ujian IQ yang lebih tinggi berbanding yang lain seawal usia setahun.

Para pengkaji berkata, hal ini dapat dijelaskan dengan anak sulung menerima stimulasi mental yang lebih banyak dan sokongan dalam perkembangan kemahiran berfikir daripada ibu bapa mereka.

Para pengkaji telah bekerjasama dengan sebuah pasukan dari Universiti Sydney, mengumpulkan data daripada 5,000 anak-anak yang diberikan ujian membaca dan perbendaharaan kata menggunakan gambar pada setiap dua tahun.

Semua kanak-kanak didapati mempunyai tahap sokongan emosi yang sama, tetapi ibu bapa kurang meluangkan masa dalam aktiviti yang merangsang otak anak mereka, dan kurang mengambil bahagian dalam aktiviti bersama mereka seperti membaca, kraf, dan muzik.

Ibu bapa juga cenderung untuk mengambil risiko seperti lebih merokok, selepas kelahiran anak kedua.



Dr Ana Nuevo-chiquero, yang mengetuai kajian ini berkata, hasil kajian ini dapat digunakan untuk menerangkan kepelbagaian pencapaian dalam pendidikan dan pekerjaan.

Kajian sebelum ini telah menunjukkan bahawa anak sulung dilihat lebih berjaya dan lebih bercita-cita. Para pengkaji di Universiti Essex mendapati bahawa dalam sesebuah keluarga, anak sulung adalah 16 peratus lebih cenderung untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi berbanding adik-adiknya.

Walau bagaimanapun, anak sulung juga adalah lebih cenderung untuk mengalami masalah rabun dekat sebanyak 20 peratus.

Pakar telah memberi amaran bahawa keputusan adalah secara umum, yang mana kemungkinan berlaku atau kemungkinan tidak berlaku kepada sesebuah keluarga.
Dikuasakan oleh Blogger.