Header Ads

80 Ekor Burung Helang Menaiki Pesawat Ke Jeddah


Sekeping gambar 80 ekor burung helang berada di dalam pesawat di Timur Tengah telah menjadi perhatian ramai.

Seorang usahawan yang memuat naik gambar tersebut, Ahmet Yasar, berkata gambar tersebut telah diambil empat minggu lepas oleh seorang rakan yang bekerja sebagai kapten syarikat penerbangan. Burung tersebut akan diterbangkan ke Jeddah di Arab Saudi untuk perjalanan memburu.

Ahmet Yasar juga memaklumkan bahawa ini adalah perkara biasa untuk syarikat penerbangan di Timur Tengah untuk memindahkan burung bagi tujuan memburu. Dalam kes ini, setiap burung helang dianggarkan berharga RM35,000.
Dikuasakan oleh Blogger.