Header Ads

Kerana Seekor Anjing Yang Dijumpainya Ketika Melancong, Wanita Ini Rela Meninggalkan Kehidupannya


Seorang doktor haiwan yang meninggalkan kehidupannya di UK untuk menyelamatkan anjing jalanan di Sri Lanka, telah menyelamatkan 5,000 ekor anjing.

Janey Lowes, 28, membantu anjing-anjing yang mengalami masalah seperti kurap dan penyakit anjing gila, termasuklah anjing yang cedera akibat luka alatan tajam.

"Terlalu banyak yang dalam keadaan yang teruk, saya kagum mereka masih hidup. Saya menjalankan pembedahan setiap hari tetapi mereka semua menunjukkan belas kasihan. Saya merasakan semuanya adalah anjing saya dan saya mempunyai tanggungjawab terhadap mereka," katanya.


Kebanyakan anjing di situ cedera akibat kemalangan trafik dan memerlukan amputasi, manakala yang lain pula diserang oleh orang tempatan menggunakan pisau atau air panas yang dicurahkan kepada mereka.

"Walaupun mereka dibela, majoriti anjing dijadikan anjing pengawal, diikat dengan rantai dengan cuaca yang terik atau disimpan di dalam sangkar 23 jam sehari. Jadi, selain merawat anjing, kami ingin mendidik manusia."

Dia akan menggunakan tuktuk untuk mencari anjing. Ianya adalah kerja 24 jam dan dia melihat haiwan setiap hari.


Janey, yang memenangi Vet of the Year pada tahun lepas di Anugerah Hero Haiwan Daily Mirror, telah berpindah ke Sri Lanka pada tahun 2014. Dia turut menubuhkan latihan di sekolah yang kosong dan kini mempunyai 20 staf. Mereka bergantung sepenuhnya pada sumbangan.

Lihat video di bawah:



Dikuasakan oleh Blogger.