Header Ads

Wanita Dengan PCOS Berkongsi Gambarnya Mencukur Wajah Di Media Sosial


Seorang wanita berkongsi gambar-gambarnya sedang mencukur wajahnya atas sebab yang sangat penting, iaitu untuk meningkatkan kesedaran tentang PCOS atau polycystic ovary syndrome, satu keadaan yang mana seseorang itu akan mengalami tahap pertumbuhan rambut yang tinggi disebabkan peningkatan pengeluaran hormon androgen.

Kita semua mempunyai rambut halus atau bulu di beberapa bahagian, tetapi mereka yang menghidap PCOS akan mempunyai lebih daripada biasa, begitu juga dengan simptom lain seperti tempoh haid yang lama, jerawat, dan penambahan berat badan.


Tina-Marie Beznec dari Australia ialah wanita yang berkongsi gambar-gambar itu. Ini bertujuan untuk membetulkan persepsi orang ramai terhadap penyakitnya.

Selain kemurungan, berasa gelisah, tidak subur, kenaikan berat badan, hormon yang tidak seimbang, perut kembung, sakit badan, jerawat, cyst, dan risiko kanser, ramai wanita termasuk Tina terpaksa berdepan dengan masalah bulu di muka. Ini membuatkan dirinya berasa tidak feminin.


Antara 1 dalam 10 wanita dan 1 dalam 20 wanita mengalami PCOS. Sindrom ini boleh berlaku kepada perempuan semuda 11 tahun, dan tidak diketahui sebabnya. PCOS adalah punca ketidaksuburan wanita.

Tina-Marie juga menegaskan bahawa pentingnya untuk tidak menghukum seseorang berdasarkan penampilannya. "Anda tidak tahu apa yang seseorang itu lalui dan tidak adil meletakkan seseorang dalam kategori 'malas dan tidak sihat' tanpa mengetahui kisah mereka," katanya.

Lihat videonya:

Dikuasakan oleh Blogger.