Header Ads

Walaupun Kaya Raya, Ini 4 Alasan Ayahnya Untuk Terus Tinggal Di Rumah Kampung


Terdapat seorang lelaki yang tinggal di sebuah kampung jauh dari kehidupan bandar. Dia dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kecil bersama isteri dan anak-anaknya. Kehidupan yang mereka jalankan sangat sederhana.

Tetapi, dalam kesederhanaan, mereka bukanlah dari kalangan orang yang sederhana. Semua anaknya mempunyai pendididikan. Malah, penduduk kampung tiada seorang pun yang tahu bahawa mereka mempunyai kebun subur yang sangat luas serta beberapa perniagaan lain yang semakin berkembang di beberapa kawasan bandaraya.

Dengan sumber kekayaan yang dijaga dengan baik sehingga mampu untuk menampung kehidupan beratus keluarga yang lain, lelaki ini merasa amat bahagia dan damai menikmati perjalanan usianya dengan cara yang sederhana.

Salah seorang anaknya berasa hairan dengan cara kehidupan yang dipilih oleh ayahnya lalu dia mengambil keputusan untuk bertanya, " Kenapa ayah tak pernah nak bina rumah besar? Bukan ke ayah mampu untuk bina rumah macam istana sekalipun?"


Si ayah terus tersenyum selepas mendengar persoalan daripada anaknya lalu menjawab, "Ada sebabnya kenapa ayah lebih suka tinggal dalam rumah kecil ni nak", dia kemudian terus menyambung penjelasannya, "Sebab yang pertama, betapa besarpun rumah yang kita bina, kita cuma nakkan tempat tinggal untuk duduk dan berehat sahaja. Rumah besar ni hanya seperti penjara bagi penghuninya. Setiap hari, dia cuma akan mengurungkan diri sambil menikmati keindahan rumah besar yang telah dia miliki. Tapi dia tidak sedar, dia terlepas jauh dari masyarakat, dan dia terlepas dari alam bebas yang indah ini. Akibatnya, dia akan kurang bersyukur kepada Allah SWT."

Anaknya yang sudah cukup dewasa itu membenarkan ucapan ayahnya dalam hati. Ayahnya lalu menyambung penjelasannya, "Sebab kedua, dengan tinggal di rumah kecil, anak-anak ayah akan lebih cepat untuk dewasa. Kamu akan rasa ingin pisahkan diri dari orang tua, supaya dapat menghuni rumah sendiri bersama pasangan dan mula berdikari, malah meletakkan tujuan hidup masing-masing."


Anaknya terus menngangguk membenarkan sebab-sebab yang dijawab oleh ayahnya. Si ayah kemudian terus beri penjelasan yang seterusnya,"Sebab ketiga, dulu masa kamu semua belum lahir, ayah dan ibu hidup berdua sahaja. Esok, lepas anak-anak ayah bina rumah tangga masing-masing, pastinya ibu dan ayah akan kembali hidup berdua. Bayangkan kalau hidup berdua dalam satu rumah yang besar, suasana rumah pasti akan terasa lengang dan menyiksakan?

Si anak hanya termenung dengan jawapan ayahnya tadi. Alangkah bijak pilihan ayah untuk terus hidup bersederhana walaupun dia sebenarnya mampu untuk memiliki kehidupan yang lebih daripada apa yang dia miliki sekarang. Ayahnya juga betul-betul menikmati sumber kekayaanya dengan cara yang sangat sederhana.

Banyak hartawan lain yang seronok menghitung kekayaannya dalam bentuk wang ringgit. Mereka menikmati angka-angka yang disangkanya kekayaan yang tiada batas. Padahal hakikatnya mereka tidak menikmati apa-apa kecuali angan-angan kosongnya sendiri.



Dalam dia termenung jauh, ayahnya terus beri nasihat yang membuatkan anak muda itu kagum kepadanya," Nak, kalaulah ayah bina sebuah rumah yang besar seperti istana, kos belanja sudah tentunya besar dan kalaulah dengan kos belanja besar itu ayah gunakan untuk belanja bangunkan rumah-rumah kecil yang memadai untuk tempat tinggal, berapa ramai pula gelandangan yang boleh kita bantu?"

"Ingatlah nak, dunia ini Allah telah sediakan untuk seluruh makhluk-Nya. Dan dengan dunia ini, sebenarnya cukup untuk penuhi kehendak penghuninya. Tetapi, dunia ini akan menjadi sempit, menjadi tidak cukup, terlalu sedikit, jika ia diguna untuk memenuhi nafsu serakah manusia saja." Si ayah menghabiskan penjelasannya dengan menepuk bahu anaknya.
Dikuasakan oleh Blogger.