Walaupun Baru Berusia 4 Tahun, Dia Sudah Membaca Lebih 1000 Buah Buku!


Tahukah anda, mengikut kajian, membaca buku dapat membuatkan umur anda lebih panjang?

Sebelum Daliyah Marie Arana dilahirkan, ibu bapanya berkata, dia sudah belajar membaca.

Ketika ibunya mengandungkan Daliyah, ibunya akan membacakan buku untuk anak-anaknya yang lain pada setiap hari sepertimana rutin mereka. Apabila Daliyah dilahirkan, dia akan mendengar abangnya membaca buku dengan suara yang kuat. Ketika dia berusia 18 bulan, dia cuba untuk mengenali perkataan-perkataan yang terdapat dalam buku yang dibacakan oleh ibunya.

"Dia ingin mengambil alih dan membaca sendiri," kata ibunya, Haleema Arana. "Ianya bermula dari situ. Lebih banyak perkataan yang dipelajari, dia ingin lebih banyak membaca."

Maka tidak hairanlah ketika Daliyah berusia 2 tahun 11 bulan, dia mula membaca sendiri buku pertamanya!



Kini, Daliyah yang berusia 4 tahun sudah membaca lebih 1,000 buah buku dan boleh membaca teks tahap kolej. Kemahirannya dan minatnya dalam sastera telah membuatkan ketua perpustakaan negara, Carla Hayden, Pustakawan Kongres ke-14, kagum terhadapnya. Pada hari Rabu baru-baru ini, Carla menemani Daliyah di Perpustakaan Kongres, memberikan kanak-kanak itu peluang membayanginya sebagai "pustakawan untuk hari tersebut".


"Saya ingin memeriksa buku pada setiap hari," kata Daliyah. "Dan saya ingin mengajar kanak-kanak lain membaca pada awal usia juga."

Melalui program 1,000 Buku Sebelum Tadika, Haleema Arana mendapat idea untuk mula mengira buku yang dibaca oleh Daliyah. Kini, Daliyah ingin mencapai matlamat sebanyak 1,500 buku sebelum dia memasuki tadika pada musim luruh hadapan, dan berharap dapat membantu gurunya mengajar kanak-kanak lain untuk membaca.

Ibu bapanya tidak pernah menguji tahap pembacaannya secara tepat, tetapi Daliyah berkebolehan membaca buku yang dibawa pulang oleh adik-beradiknya yang berusia 10 dan 12 tahun. Dia hanya meminta bantuan apabila dia sukar membaca perkataan yang besar.

Penulis kegemarannya ialah Mo Willems - penulis buku "Pigeon and Elephant" - dan dia memiliki minat yang istimewa terhadap dinosaur. dia juga boleh menyebut beberapa fakta tentang diosaur dan bermimpi mengorek fosil dinosaur sebagai seorang paleontologist. (Ya, dia tahu maksud perkataan "paleontologist" - saintis yang mengkaji fosil.)

Untuk memberikan Daliyah cabaran, ibunya memberikannya teks tahap kolej, sebuah ucapan yang dinamakan "The Pleasure of Books" oleh William L Phelps. Daliyah belajar untuk membaca ucapan itu dengan baik, serta menyebut perkataan seperti "punctiliousness" dan frasa seperti "annihilates formality". Lihat video di bawah:



Ibunya berharap dengan memuat naik video tersebut, dapat menggalakkan ibu bapa lain untuk mengajar anak-anak mereka membaca di usia muda.


Kongsikan Artikel Ini



Nama

artis,11,awesome,33,bagaimana,8,berita,15,cinta,47,comel,26,cool,144,design,19,diy,20,dunia,2,fail,2,fakta,1,gadget,6,gambar,582,ganas,1,geli,4,gif,3,hiburan,5,humor,3,idea,1,iklan,1,info,83,inspirasi,74,islam,27,jenayah,2,jutawan,93,jutawan dua,48,karut,14,kehidupan,54,keluarga,1,kenderaan,1,kerjaya,2,kesihatan,16,klasik,1,koleksi,33,konsep,21,kreatif,134,lawak,2,lawatan,131,lol,27,lol.,1,makanan,2,media sosial,1,menarik,49,motivasi,9,motivasi hidup,9,ngeri,14,ninetology,4,oops,1,pelik,83,percutian,7,quiz,1,rumah idaman,55,sadis,6,samsung,1,semasa,293,seni,8,seram,2,teknologi,6,test,1,tips,51,troll,2,unik,9,video ceramah,3,video menarik,294,viral,5,wow,6,wtf,90,
ltr
item
Nakbebel: Walaupun Baru Berusia 4 Tahun, Dia Sudah Membaca Lebih 1000 Buah Buku!
Walaupun Baru Berusia 4 Tahun, Dia Sudah Membaca Lebih 1000 Buah Buku!
https://4.bp.blogspot.com/-ThXmuuTBwlA/WHuhMIiYPPI/AAAAAAAADHY/59WKjphuxlEH116nDFQhhykWBp0ncBRowCLcB/s1600/landscape-1484328796-screen-shot-2017-01-13-at-123253-pm.png
https://4.bp.blogspot.com/-ThXmuuTBwlA/WHuhMIiYPPI/AAAAAAAADHY/59WKjphuxlEH116nDFQhhykWBp0ncBRowCLcB/s72-c/landscape-1484328796-screen-shot-2017-01-13-at-123253-pm.png
Nakbebel
http://www.nakbebel.com/2017/01/walaupun-baru-berusia-4-tahun-dia-sudah.html
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/
http://www.nakbebel.com/2017/01/walaupun-baru-berusia-4-tahun-dia-sudah.html
true
6864137901274687103
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts LIHAT SEMUA Teruskan Membaca Balas Cancel reply Delete Oleh Home PAGES POSTS View All Anda Mungkin Berminat Dengan.. LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Januari Februari Mac April May Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow Ruangan Ini Khas Untuk Pengikut Nakbebel Sahaja Sila like untuk buka Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy