Header Ads

Wahai Suami, Anda Sebenarnya Membunuh Isteri Anda Tanpa Anda Sedari


Sesuatu hubungan itu perlu dijaga setiap hari, jika tidak, ianya juga seperti pokok, akan layu dan lemah.

Tindakan kecil dapat menyemarakkan cinta dalam perkahwinan. Bahkan, tindakan kecil itu sebenarnya amat perlu untuk perkahwinan yang bahagia.

Sesetengah isteri rasa dilupakan, walaupun mereka tidak meluahkannya. Ini adalah situasi yag bahaya, kerana jika tiada tindakan yang dibuat, hubungan itu akan terus sepi dan menjauh.

Para suami, kadangkala ada sikap anda yang membuatkannya berkecil hati. Jika si isteri adalah permaisuri dalam hidup anda, lihat jika anda ada melakukan beberapa ini. Jaga hubungan anda sementara masih ada masa.

1. Kurang perhatian


Isteri anda faham bahawa hari anda penuh dengan komitmen dan tanggungjawab. Dia juga begitu. Tetapi dia sering berharap untuk bercakap dengan anda dan bersama dengan anda di penghujung hari. Dia tidak ingin berlawan dengan berita, permainan video, atau telefon bimbit. Dia perlukan perhatian. Adakah dia bukan orang penting dalam hidup anda? Buktikan dengan tindakan.

2. Kurang pujian


Wanita suka mendengar pujian daripada suami mereka. Itu adalah satu cara untuk membuatkan mereka rasa disayangi dan istimewa. Jadi, selalulah memuji isteri anda. Pasti dia mempunyai banyak kualiti dan kebolehan yang anda minat. Puji secara privasi dan di hadapan keluarga. Anak anda akan mengetahui bahawa anda sayangkan ibu mereka.

3. Kurang dating


Hanya dengan sedikit usaha, anda boleh meluangkan masa untuk keluar bersama atau dating. Anda perlu teruskan keluar bersama walaupun selepas berkahwin. Malah, anda lebih memerlukannya selepas berkahwin. Rancang sesuatu yang dia suka dan luangkan masa seharian dengannya.

4. Terlalu mengkritik


Tinggal dengan seseorang setiap hari akan memperlihatkan keburukannya. Anda mungkin tidak sedar keburukan pada dirinya sebelum berkahwin, tetapi ini bukanlah ruang untuk anda mengkritik isteri anda. 

Isteri yang sering menerima kritikan daripada suaminya akan berubah menjadi seseorang yang tiada keyakinan diri dan membuatkan fikirannya bercelaru. Semua orang, tanpa berkecuali, mempunyai ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Elakkan mengkritik, fokus pada kelemahan sendiri dan sama-sama memperelokkannya.

5. Perbandingan


Baik anda membandingkan isteri anda dengan ibu anda mahupun dengan kawan keluarga, jangan lakukannya. Isteri anda mungkin tidak menunjukkannya, tetapi sikap ini membuatkan hatinya sakit.

Apabila ada cinta, ada kesembuhan. Jaga tingkah laku supaya anda dan pasangan sentiasa bahagia bersama.
Dikuasakan oleh Blogger.