Header Ads

Tulang Milik 200 Orang Ditukarkan Menjadi Set Pinggan Mangkuk, Kini Menjadi Bisnes


Justin Crowe mula mendapat idea ini selepas kematian datuknya yang memberi kesan kepadanya. Dia ingin mencipta satu hasil seni untuk mengingati si mati dalam kehidupan seharian.

Dia bermula dengan mengumpulkan tulang melalui internet daripada pengedar tulang yang sering menjual kepada profesional perubatan dan pengumpul barang aneh. Dia telah membeli 200 tulang, setiap tulang itu adalah milik 200 orang yang berbeza.


Berlatarbelakangkan pengetahuannya dalam seramik, Justin tahu bahawa abu tulang juga merupakan bahan yang digunakan untuk saduran, jadi dia mencipta resepi istimewa menggunakan bahan biasa seperti tanah liat, silika, dan feldspar (pelbagai batu yang terbentuk menjadi mineral), serta ditambah dengan serbuk abu tulang manusia yang baru dibakar.


Selepas itu, dia mengambil masa selama empat bulan untuk mereka dan menghasilkan servis makan malam untuk lapan orang. Setelah set pinggan mangkuk itu siap, dia menyadur setiap kepingan dengan saduran abu manusia, yang kemudiannya dibakar dalam ketuhar dengan suhu 2,400 Fahrenheit. Hasilnya, saduran berwarna biru pucat yang berkilat untuk menyaluti cawan, gelas, pinggan, dan mangkuk. Di sinilah bermula set pinggan mangkuk "Nourish" dihasilkan.




Untuk meraikan terhasilnya siri Nourish ini, Justin mengadakan parti makan malam dan menjemput para tetamu menggunakan set pinggan mangkuk tersebut sambil para tetamu berkongsi pengalaman mereka dan pandangan terhadap kematian. Segala proses itu dikongsikan dalam satu video yang menarik.


Selepas Justin memberitahu orang ramai tentang set pinggan mangkuk yang dihasilkannya, dia mula menerima banyak permintaan. Mereka inginkan set pinggan mangkuk yang direka khas menggunakan abu orang tersayang. Berbanding menatap gambar atau menyimpan bekas abu di rak, mereka inginkan cara yang lebih interaktif untuk mengingati kenangan bersama yang tersayang dalam kehidupan seharian. Cara ini membuatkan mereka merasa lebih dekat dengan si mati.





Lihat video di bawah:

Dikuasakan oleh Blogger.