Header Ads

Tuan Rumah Paling Kedekut Di Dunia, Meletakkan Tandas Yang Hanya Beroperasi Apabila Dimasukkan Duit


Seorang penyewa di Melbourne mengatakan tuan rumah telah meletakkan pam tandas yang hanya beroperasi apabila dimasukkan wang kertas $1. Penyewa itu juga telah meminta pandangan melalui saluran atas talian untuk mengetahui adakah cara ini dibenarkan mengikut undang-undang.



Dia akui dan faham keperluan membayar untuk kegunaan mesin basuh yang digunakan orang ramai, tetapi dia sentiasa membayar bil air. Selain itu, dia turut merasakan cara ini terlalu keterlaluan. Malah, perkara ini sangat memalukan dirinya apabila ada tetamu yang berkunjung ke rumahnya.

Beberapa orang telah memberi respon terhadap pertanyaannya, mengatakan perkara itu adalah tidak sah di sisi undang-undang dan mengkritik perbuatan tuan rumah itu.

Si penyewa itu telah meminta bantuan seorang peguam untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Dikuasakan oleh Blogger.