Header Ads

Tiga Orang Warga Singapura Mencipta 'Bantal Terung' Yang Boleh Dibawa Ke Mana Sahaja


Siapa pernah terfikir bentuk terung boleh menjadi inspirasi kepada penciptaan bantal?

'Bantal Terung' ialah bantal yang boleh mengembung dengan satu tiupan dan sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana.



Dengan tiupan dua inci daripada corong bantal, pereka bantal ini berkata, "menggunakan kesan Bernoulli, udara di sekeliling digunakan untuk menggandakan jumlah nafas anda". Menarik, bukan? Malah, anda tidak perlu lagi berkongsi air liur dengan orang lain ketika meniup bantal.

Bentuk bantal ini yang direka dengan garisan sensual dan lekuk membantu untuk menyokong kepala dan leher. Ia juga akan menghalang kepala daripada bergerak ketika pengguna berada di dalam bas atau di meja kerja terutama waktu tengah hari.





Dikuasakan oleh Blogger.