Header Ads

Setelah Mengetahui Anaknya Tidak Dapat Hidup Lama, Ibunya Melakukan Sesuatu Yang Berharga Untuk Anaknya


Lyndsay dan Matthew Brentlinger dari Toledo, Ohio telah berusaha selama beberapa tahun untuk mendapatkan anak, dan impian mereka menjadi kenyataan pada 17 Disember 2016 apabila lahirnya sepasang kembar yang diberikan nama William dan Reagan.

Namun, William telah dilahirkan dengan beberapa masalah dan hanya bahagian kanan jantungnya sahaja yang berfungsi. Ketika minggu ke-23 kehamilan, pasangan Brentlinger ini dimaklumkan tentang keadaan anak lelaki mereka yang akan meninggal ketika dilahirkan. Tetapi, William telah dilahirkan dengan baik dan dapat bersama dengan keluarga barunya selama 11 hari sebelum meninggal dunia.

"Itulah 11 hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Matthew.




Demi memaknai waktu singkat mereka bersama, seorang fotografi profesional telah berhubung dengan Lindsey Brown, dan bersetuju untuk mengadakan sesi bergambar William bersama adik kembarnya sebelum Krismas.

Walaupun William tidak lagi bersama mereka di dunia, dia akan sentiasa hidup buat selama-lamanya dalam gambar yang cantik ini bersama-sama ibu bapanya dan kembarnya.

"Saya menangis ketika pertama kali melihat mereka. Kadangkala saya juga masih menangis," kata Lyndsay. "Mereka cantik dan dia cantik. Kadangkala, dia kelihatan sedang berjaga dengan matanya yang besar dan cantik. Ianya sesuatu yang kami akan hargai."







Dikuasakan oleh Blogger.