Header Ads

Seorang Lelaki di China Membalas Dendam Dengan Membedah Anak Anjing dan Merakamkannya Secara Live


Seorang lelaki telah menimbulkan kekecohan selepas menyiarkan secara langsung dirinya yang sedang membedah seekor anak anjing.

Sehari sebelum dia menyiarkan pembedahan secara langsung pada 17 Januari, dia telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan dirinya cuba mencekik haiwan kecil itu di media sosial China.

Lelaki ini dikatakan ingin membalas dendam ke atas sekumpulan pencinta haiwan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas pada 19 November yang lalu kerana menyelamatkan anjing, dan kesesakan lalu lintas itu menyebabkan lelaki itu tidak sempat melihat saudaranya yang telah meninggal buat kali terakhir.



Dia telah memuat naik gambar-gambar tersebut di akaun Weibo miliknya, di bawah akaun 'saya mempunyai anak anjing di sini'. Akaun tersebut telah dipadam oleh lelaki itu, yang masih tidak diketahui identitinya.



Dalam post itu, dia mendakwa bahawa anjing-anjing tersebut adalah adik-beradik dan mengatakan 'salah satu digunakan untuk pertunjukan dan seekor lagi akan dihantar ke kedai haiwan'.

Pada 17 Januari, dia telah membelah badan anak anjing itu menggunakan pisau bedah, dan anjing itu menangis kesakitan. Video tersebut turut menunjukkan tulang, usus dan organ dalaman yang lain.



Tidak lama kemudian, video tersebut telah dipadam oleh pihak pengurusan Weibo. Tetapi lelaki itu telah memuat naik semula beberapa kali.

Pengguna di media sosial telah mengkritik perbuatannya dan lelaki itu tetap menyalahkan sekumpulan pencinta haiwan itu.
Dikuasakan oleh Blogger.