Header Ads

Seorang Lagi Remaja Turut Melakukan Aksi Berbahaya Di Ipoh


Seorang remaja lelaki merakamkan dirinya yang sedang memanjat sebuah kren.

Kawasan yang dapat dilihat melalui video tersebut dipercayai berada di tapak pembinaan di Pusat Konvensyen Ipoh.

Baru-baru ini, beberapa orang remaja memanjat papan tanda Ipoh di Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar. Mereka turut memuat naik gambar sebagai tanda terima kasih kerana membenarkan mereka berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, Datuk Zamri Man menidakkan kenyataan tersebut, serta menyatakan kawasan itu adalah kawasan larangan dan berbahaya.

Lapan orang remaja yang terlibat dalam aksi ngeri itu telah menyerah diri kepada pihak polis dan memberikan kenyataan pada pagi Isnin.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjarakan tidak lebih dari tiga bulan atau denda RM500, atau kedua-duanya sekali.

Dikuasakan oleh Blogger.