Header Ads

Seorang Jutawan Ingin Memberikan Rumahnya Bernilai RM 666,904 Secara Percuma


Seorang lelaki yang pernah tidur di atas bangku taman memutuskan untuk memberikan pangsapuri miliknya kepada seseorang yang bertuah.

Jutawan Marco Robinson, 48, sedang menawarkan pangsapuri dengan tiga bilik yang lengkap dengan perabot berharga RM 666,904 kepada individu atau keluarga yang sesuai.

Marco, ayah kepada dua orang anak, kini memiliki 150 hartanah di seluruh dunia, termasuklah pangsapuri di Preston, Lancashire. Dia sedang merakamkan dokumentasi bersama Channel 4, dan akan memilih pemenang melalui rancangan itu.


"Orang yang ingin saya lihat untuk tinggal di pangsapuri ini ialah orang yang memerlukan sebuah rumah, mereka memerlukan tempat perlindungan dan sedikit keselamatan, dan itu akan membuatkan mereka berasa berbeza semula," katanya. "Saya bersedia membayar cukai selama mana pun yang diperlukan."

Marco mula melabur dalam hartanah dan belajar di mana tempat yang terbaik untuk membeli. Kini, dia ingin memberikannya semula kepada seseorang seperti yang diterima satu ketika dahulu.



Dia turut berjumpa dengan komuniti tempatan dan kumpulan gelandangan, bercakap dengan pemilik kedai dan cuba untuk belajar tentang situasi itu. Malah, masih ramai yang berusia 30 tahun ke atas yang masih tinggal bersama ibu bapanya dan terlalu ramai yang tidak mempunyai rumah.

"20 atau 30 tahun lalu adalah mudah untuk mendapatkan sebuah rumah, tetapi sejak itu, gaji tidak berubah tetapi harga rumah melonjak naik. Saya juga berharap saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain seperti saya - orang yang lebih kaya daripada saya - untuk melakukan perkara yang sama."



Mereka yang ingin merebut peluang ini perlu berumur 18 tahun ke atas dan diminta untuk menerangkan tidak lebih daripada dua perenggan mengapa mereka perlu dipertimbangkan.

Emel: apply@myfreeproperty.com, lawati www.myfreeproperty.com atau Facebook page The Property Programme. Hubungi 03300415105.

Tarikh tutup permohonan ini pada tengah malam hari Selasa, 2 Februari.

Dikuasakan oleh Blogger.