Header Ads

Seorang Jurugambar Merakamkan Pengalamannya Di Kampung Paling Sejuk Di Dunia Dengan Suhu −71.2 °C


Ramai yang sedang berkongsi keadaan musim sejuk di negara mereka, terutama apabila tempat mereka mula diliputi dengan salji. Kelihatan seronok, bukan? Tetapi, gambar-gambar dari Oymyakon, Russia, kampung paling sejuk di dunia, mungkin akan membuatkan anda berubah fikiran.

Pada tahun 1924, kawasan ini mencatatkan suhu paling rendah sebanyak −71.2°C (−96°F), dan kebiasaan suhunya pada bulan Januari adalah -50°C (-60°F). Seorang jurugambar dari New Zealand, Amos Chapple telah memutuskan untuk menetap di sana selama dua hari untuk merasai bagaimana kehidupan seharian mereka.

Jurugambar tersebut berkata, perkara paling sukar bukanlah cuaca sejuk itu, tetapi kamera miliknya sukar untuk fokus kerana membeku.

Lihat gambar-gambar di bawah:






Satu-satunya kedai yang menyediakan keperluan para penduduk.





Petani tempatan meletakkan lembu-lembu ternakannya di dalam bangsal ini untuk memastikan lembu tersebut tidak kesejukan.



Papan tanda di kampung itu juga tertulis, 'Omyakon -  Tiang Sejuk".


Kereta hanya boleh diletakkan di garaj yang dipanaskan. Kereta yang berada di luar garaj perlu sentiasa dihidupkan, jika tidak kereta tersebut sukar untuk dihidupkan.




Disebabkan tanah membeku, kebanyakan tandas dibina di luar rumah.


Pasar di Yakutsk dipenuhi dengan ikan dan daging kerana tiada gandum di sana.


Seorang wanita melalui sebuah rumah yang beku, terletak di pusat kampung tersebut.


'Road of Bones', satu-satunya jalan ke Oymyakon.



Lapisan bulu yang tebal membantu anjing mengekalkan kehangatan badan.


Dikuasakan oleh Blogger.