Header Ads

Sebab Apa Anda Masih Single Lagi? Kena Ambil Tahu!


"Kenapa aku masih tak laku-laku? Cemburu tengok kawan-kawan lain sedang bahagia dan bercerita tentang kerenah pasangan masing-masing."

"Aku? Hidup seorang diri saja."

Pastinya anda yang masih single pernah alami situasi di atas. Tiada insan istimewa bertakhta di hati. Sedih kan?

Ada ketikanya anda rasa kosong dan ‘tak laku’ di mata lelaki. Kenapa? Ambil tahu apa masalahnya!


Terlalu Negatif

Janganlah terlalu negatif dengan kehidupan ini sehinggakan kamu fikir semua lelaki yang lahir di dunia ini hanya untuk menyakiti hati gadis.Tak semua lelaki begitu


Terlalu Pemalu

Sifat pemalu itu comel tetapi jika keterlaluan ia membuatkan kamu tidak berani untuk berkenalan dengan lelaki.

Punya Sikap Kurang Ajar

Oh, sikap seperti ini buatkan tidak ada mana-mana lelaki nak kan kamu. Kamu suka sangat bercakap kasar, menghina dan mengumpat sesuka hati. Memang tak sesuai untuk buat isteri!


Tak Nak Berubah

Ini masalah yang selalu di hadapi. Setiap wanita pasti ada lelaki idaman masing-masing. Sebagai contoh, nak pasangan pandai, tapi diri sendiri malas nak belajar. Macam-mana tu?


Belum Move On

Jika kamu masih fikirkan ex boyfriend dan membandingkan setiap lelaki yang cuba rapat dengan kamu sama sepertinya, itu bermakna kamu belum move on daripada pengalaman dahulu. Buka pintu hati untuk orang lain juga!

Letak Standard Terlalu Tinggi

Betul, kamu juga layak mendapat kekasih yang terbaik seperti yang diidamkan. Tetapi janganlah meletakkan standard yang terlalu tinggi. Kalau nak yang hensem saja, kaya saja memang susahlah.


Dikuasakan oleh Blogger.