Header Ads

Saat Menyayat Hati Apabila Kuda Ini Menangis Ketika Pengebumian Tuannya


Kuda ini sedang bersedih dengan kematian tuannya. Rakan-rakan dan keluarga Wagner de Lima Figueiredo, 34, merakamkan saat kuda itu meletakkan kepalanya di keranda tuannya seperti sedang berkabung.

Sereno, si kuda dibawa ke majlis pengebumian itu oleh abang Wagner, Wando de Lima, pada hari Selasa 3 Januari di Paraiba, timur laut Brazil.



Kuda ini dan tuannya mempunyai hubungan yang sangat akrab, mengikut mereka yang mengenali mereka berdua. Wagner dan Sereno membuat persembahan koboi selama 8 tahun dan telah memenangi pelbagai pingat dan hadiah wang tunai.

Kuda ini merupakan segala-galanya buat Wagner, dan kuda ini seolah-olah memahami apa yang sedang berlaku dan ingin mengucapkan selamat tinggal.

Wagner meninggal dalam kemalangan motosikal pada Hari Tahun Baru selepas motornya hilang kawalan.





Dikuasakan oleh Blogger.