Header Ads

Remaja 14 Tahun Berjaya Menghasilkan Lebih RM30 juta Melalui Lukisannya


Ketika Autumn de Forest berusia 5 tahun, dia mula memegang berus lukisan buat kali pertama.

Autumn menceritakan kisahnya dengan penuh keyakinan, yang hanya berumur 14 tahun, sudah melalui beratus temuramah.

Semuanya bermula pada satu hari di garaj, dia meminjam berus daripada ayahnya, sedang bekerja dengan kayu, dan Autumn mula menconteng. Dia menyangkakannya seronok, tetapi ayahnya melihat sesuatu yang lebih besar sedang berlaku. Ada sesuatu dengan cara dia menggerakkan berus tersebut.

Jadi, apabila Autumn berkata dia ingin meneruskannya, ibu bapanya terlalu gembira dan menggalakkannya. Ketika berusia 5 tahun, dia mula bertukar daripada melatih mengikis kayu kepada bereksperimen atas kanvas yang berselerak.

Kemudian, apabila mencecah usia 6 tahun, dia bertanya kepada ayahnya jika ayahnya boleh mendapatkannya gerai di program seni tempatan di taman. Ketika itu, ramai yang menganggap lukisan itu hasil seni ayahnya. Dan apabila mereka mengetahui si kecil Autumn itu pelukisnya, sukar untuk mereka mempercayainya.


Autumn mula menjadi masyhur. Dia telah menjadi tetamu pelbagai rancangan televisyen dan digelar kanak-kanak genius, seorang yang berbakat besar, dan pakar melukis.

Kini, dia berusia 14 tahun dan rutin hariannya lebih daripada orang dewasa. Etika kerjanya dan seni berkembang dengan baik.


Dia memulakan hariannya pada jam 7.30 pagi. Selepas bersarapan, dia mengendalikan sesi melukis selama satu atau dua jam. Kemudian, dia melakukan kerja sekolah. Disebabkan kebanyakan sekolah tidak dapat menampung jadualnya, dia lebih banyak belajar secara online.

Sebelum makan malam, dia kembali ke studio.

"Sesi itu boleh memakan masa lama, boleh jadi tiga atau empat jam apabila saya benar-benar melakukannya." katanya. "Kemudian saya mungkin akan makan malam dan tidur."

Hasilnya? Anda lihat sendiri.




Hasil seninya dipamerkan di galeri dan pameran di seluruh dunia.

Pada tahun 2015, Autumn menerima International Giuseppe Sciacca Award in Painting and Art. Anugerah itu membawanya ke Vatican untuk menunjukkan hasil seninya kepada paderi secara tertutup.


Dia juga bekerja dengan Committee on the Arts and the Humanities milik Presiden, yang diketuai oleh Michelle Obama. Sebagai sebahagian daripada program itu, dia menjelajah ke beberapa buah sekolah yang kurang bernasib baik dan mengendalikan bengkel melukis.

Dia berjaya memperoleh lebih $7 juta melalui bidaan sejak bertahun-tahun, dan kebanyakan wang tersebut sudah diberikan kepada kebajikan dan tabung bantuan bencana.






Dikuasakan oleh Blogger.