Header Ads

Rekod Dunia Baru: Rashid Berjaya Memecahkan 43 Biji Kelapa Dalam Tempoh 60 Saat


Rashid Naseem dari Karachi, Pakistan telah berjaya mencipta namanya dalam buku rekod dunia dengan memecahkan lebih daripada 40 biji kelapa segar dengan menggunakan kepalanya dalam masa 60 saat.

Rashid yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri, 30, suka untuk membuat rekod. Dia telah menyiapkan dirinya dan bekerja keras untuk mencipta rekod ini sejak enam bulan yang lalu.

Kelapa yang segar sukar dipecahkan. Jadi, apabila dia berlatih pada awalnya, dia sering merasa sakit kepala.

Lihat videonya:


Rashid juga pernah memegang rekod sebagai orang yang berjaya menghancurkan tin minuman dengan bilangan tertinggi. Selain itu, pada tahun lepas, dia juga memecahkan 210 biji kacang walnut dengan menggunakan kepalanya dalam masa 60 saat.


Menurutnya, dia telah melakukan lima percubaan dalam rekod Guinness, tetapi matlamatnya adalah untuk melakukan 50 rekod dan membuatkan Pakistan bangga.

Tahniah Rashid!

Dikuasakan oleh Blogger.