Header Ads

Project Valerie, Komputer Riba Dengan Tiga Skrin Yang Boleh Dilipat


Razer, pembuat komputer untuk permainan video telah mendedahkan komputer riba dengan tiga skrin 4K di pertunjukan teknologi CES di Las Vegas.

Firma ini menyatakan Project Valerie ini adalah komputer riba mudah alih yang pertama di dunia dengan konsep begini.



Dua skrin tambahan akan keluar daripada paparan utama melalui mekanisma automatik. Ketiga-tiga skrin itu bersaiz 43cm.

Apabila ditutup, komputer riba itu mempunyai ketebalan 1.5 inci. Razer berkata ini adalah setanding dengan komputer riba untuk permainan, yang mana lebih tebal berbanding rekaan untuk di rumah dan pejabat.



Project Valerie masih merupakan model percubaan dan Razer masih belum mengeluarkan tarikh keluar atau harga.

Lihat video di bawah:



Dikuasakan oleh Blogger.