Header Ads

Pernah Lihat Tatu Dibuat Secara Tradisional? Lihat Bagaimana Wanita Berusia 97 Tahun Ini Melakukannya!


Appo Whang-Od (dibaca Fang-Od) yang berusia 97 tahun ialah Kalinga mambabatok (pelukis tatu tradisional) paling tua di Filipina. Tradisi ini hanya diwarisi oleh masyarakat Butbut Kalinga, yang mana menjadi masalah kepada Whang-Od kerana dia tidak mempunyai anak. Suaminya meninggal dalam Perang Dunia Kedua dan dia tidak pernah berkahwin lagi. Namun, anak saudaranya, Grace dan Ilyang menunjukkan minat dalam mengambil alih selepas kematiannya.



Kaedah tatu yang masyhur ini digunakan dalam budaya Kalinga, dikenali sebagai batok. Dakwatnya diperbuat daripada arang dan air dan diletakkan pada kulit dengan cara mengetuk menggunakan duri atau kaca berbentuk seperti jarum. Semestinya penggunaan berentak ini lebih menyakitkan berbanding menggunakan mesin yang diketahui ramai.

Tatu yang biasa dibuat ialah bentuk lipan, melambangkan perlindungan dan petunjuk kerohanian. Terdapat juga beberapa kemusykilan tentang kesihatan berkenaan batok, tetapi ianya telah digunakan secara generasi tanpa masalah. Badan Whang-Od juga dipenuhi dengan tatu. Walaupun ramai yang datang berjumpa dengannya untuk membuat tatu, dia masih belum dikenali dunia secara rasmi.

Puak ButBut Kalinga menganggap lelaki dan perempuan yang bertatu adalah orang yang menjadi idaman. Malah, mereka menggunakan tatu mereka untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Tatu melambangkan siapa mereka, dari mana mereka datang, dan apa yang mereka bawa - menandakan sejarah puak mereka dengan dakwat.






Dikuasakan oleh Blogger.