Header Ads

Perlukah Anda Berasa Gembira Apabila Melihat Bekas Kekasih Anda Bersama Dengan Orang Lain?


Jika anda melihat bekas kekasih anda bersama dengan orang lain, anda patut berasa gembira untuknya. Dia telah melakukan apa yang sepatutnya seorang bekas kekasih lakukan, iaitu mencari kebahagiaan lagi.

Adakah anda menganggap bahawa bekas kekasih akan sentiasa memberitahu anda bahawa dia rindukan anda dan ingin kembali mencuba? Adakah anda menganggap bahawa bekas kekasih anda tidak dapat melupakan anda? Atau adakah anda beranggapan bahawa dia sentiasa bersedia dan ada untuk anda ketika anda bersedia untuk kembali menyatukan hubungan?

Apa yang anda lalui bersamanya adalah sesuatu yang indah juga menyedihkan, tetapi ianya adalah satu pengalaman yang membantu anda berdua untuk membesar dan sesuatu yang bekas kekasih anda akan bawa untuk perhubungan seterusnya untuk memastikannya mempunyai peluang yang lebih baik supaya hubungan itu menjadi.

Dia akan membawa segala pengalaman bersama anda, belajar daripada pengalaman tersebut, dan meneruskan kehidupan dengan pengajaran untuk hubungan baru supaya kesalahan itu tidak berulang dan dapat dielakkan.


Jika dia terlebih dahulu berjumpa dengan kebahagiaannya, tidak bermakna anda harus membencinya. Anda tidak seharusnya mempunyai perasaan negatif jika dia ingin mencari orang lain dan jangan berfikiran bahawa dia akan menggantikan tempat anda.

Anda perlu menerima kenyataan bahawa hubungan anda sangat menarik ketika hubungan itu berkekalan sehinggalah sesuatu terjadi, dan anda terpaksa memutuskan hubungan. Anda yang perlu menerima kenyataan bahawa dia telah berjumpa dengan seseorang yang lebih baik untuk dirinya. Anda perlu memahami jika anda cintakan dia, anda akan sedar bahawa ini yang terbaik dan dia perlu meneruskan kehidupan tanpa anda.

Anda boleh berfikir tentang bekas kekasih anda, anda boleh merinduinya, anda boleh mengambil berat tentangnya, tetapi jangan masuk campur dalam hubungan barunya dan menghalang mereka daripada menjadi bahagia.

Bersyukur anda berpeluang mengenalinya, bergembira untuk mereka, dan teruskan kehidupan. Kekalkan aura positif di sekeliling anda!
Dikuasakan oleh Blogger.