Header Ads

Pelanggan Misteri Membuatkan Staf Restoran Indian Tree Terkedu Dengan Sikapnya


Seorang usahawan misteri dengan kemurahan hatinya yang luar biasa, telah meninggalkan tip sebanyak £1,000 (RM5,500) untuk makanan berharga £79 (RM430) di Restoran Indian Tree, di kawasan utara Ireland.

Usahawan yang tidak ingin diketahui namanya itu, telah makan bersama keluarganya seramai lima orang sebelum meninggalkan tip berjumlah besar itu. Dia juga telah menjadi peminat kepada chef restoran itu sejak 2002 dan menikmati makanan di situ setiap kali dia pulang ke rumahnya.

Ketika dia memanggil chef 'Babu' Satter untuk mengucapkan terima kasih, dia turut memberikan tip yang dianggapnya sedikit. Pemilik restoran, Luna Ekush dan Babu sangat terkejut.

Pelanggan itu kemudiannya mengambil mesin duit dan melakukan pembayaran sendiri. Duit itu telah diagihkan kepada semua staf yang bekerja pada malam itu kerana pelanggan tersebut mengatakan ianya untuk semua orang.




Dikuasakan oleh Blogger.