Header Ads

Para Isteri Akan Merosakkan Perkahwinan Jika Melakukan 5 Perkara Ini


Selepas berkahwin, seorang wanita secara semulajadi akan berasa bertanggungjawab untuk menyayangi suaminya. Secara tiba-tiba, kebahagiaan dalam rumahtangga itu terkesan akibat pilihan dan tindakan.

Wanita, anda perlu berhati-hati dengan cara anda mengambil berat tentang suami anda dan perkahwinan. Jangan biarkan perkara kecil merosakkan sesuatu yang boleh memberi kebahagiaan besar dalam hidup anda.

Ini ada beberapa cara yang anda tidak tahu sebenarnya boleh menghancurkan suami anda dan membunuh perkahwinan anda.

1. Hidup di luar kemampuan


Seorang wanita pernah berkata, "Perkara terbaik yang anda boleh lakukan sebagai seorang isteri adalah hidup berdasarkan kemampuan suami anda."

Para isteri, tunjukkan penghargaan dan penghormatan anda terhadap suami dengan mengikuti bajet dan gunakan sebaiknya apa yang ada miliki. Jadi seorang yang bijak menguruskan kewangan.

Sentiasa mengeluh kerana keinginan yang sering tidak dipenuhi atau membebel kerana hutang adalah cara paling teruk untuk berterima kasih kepada pasangan anda yang bekerja keras menyara keluarga.

Ya, anda mungkin tidak mampu membeli barangan berjenama terkenal yang anda inginkan, tetapi suami anda akan menyayangi dan menghargai yang anda bersyukur dengan apa yang telah dia sediakan.

2. Sentiasa negatif


Anda tidak sukakan rambut anda, rumah yang bersepah, jiran depan rumah, pekerja yang tidak cerdik, dan segala-galanya di hadapan mata. Apabila suami anda menjejakkan sahaja kakinya ke dalam rumah, anda mula meluahkan segala kemarahan dan perkara negatif yang terjadi pada anda sepanjang hari.

Dapatkah anda membayangkan anda dibebani bebanan itu? Lelaki suka untuk membetulkan perkara, dan sentiasa berada dalam aduan membuatkan dia sukar untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Satu perkara yang dapat dipelajari dalam perkahwinan adalah seorang lelaki yang baik inginkan anda bahagia, dan jika dia tidak dapat membantu anda berasa bahagia, itu akan membuatkan dirinya berasa sedih. Satu keadaan yang biasa jika anda mengalami satu hari yang buruk, semua orang akan memahami. Tetapi, jangan jadikannya cara hidup anda.

3. Mengutamakan perkara lain

Apabila anak-anak, ibu, kawan baik, bakat, atau karier di hadapan anda, diri anda mempunyai mesej yang jelas bahawa suami anda tidak penting. Bayangkan anda mempunyai mesej yang sama setiap hari selama bertahun-tahun? Apa yang anda akan lakukan terhadap keyakinan diri anda?


Utamakan suami anda.

Walaupun kelihatan mudah, common sense sangat penting. Anda akan sedar bahawa itulah kunci kebahagiaan dalam perkahwinan. Ramai yang bercerai pada hari ini, kerana mereka cuai dalam mengambil berat dan menyayangi satu sama lain, serta mendahulukan satu sama lain.

Apabila anda memilih untuk mengutamakan satu sama lain, anda akan jumpa pelbagai kebahagiaan.

4. Mengabaikan kasih sayang fizikal

Lelaki mendambakan kasih sayang secara fizikal daripada isterinya. Apabila anda sering menolak, ia akan memberi kesan pada keintiman hubungan anda.

Ianya adalah satu perkara yang sangat baik apabila suami anda yang penyayang dan romantik inginkan dan perlukan anda. Dia ingin berkongsi sesuatu yang cantik dan penting bersama anda. Walaupun anda tidak mempunyai mood, kadangkala berbaloi untuk anda mengalah dan meluangkan masa bersama dengannya.


5. Tidak bercakap bahasanya.

Wanita suka memberi klu atau petunjuk tetapi lelaki tidak akan memahami.

Jangan buang masa anda dengan memberikan hint kepadanya kerana dia tidak akan memahami. Beritahu kepadanya dengan jelas. Jujur tentang perasaan anda, dan jangan simpan sehingga boleh membuatkan anda mengamuk. Jika dia bertanya apa yang tidak kena, jangan membalas dengan "tiada apa" dan beranggapan bahawa dia dapat membaca minda dan emosi anda. Luahkan apa yang anda rasakan.
Dikuasakan oleh Blogger.