Header Ads

Orang Yang Menangis Ketika Menonton Filem Sebenarnya Bukan Lemah, Tetapi...


Mesti semua orang pernah menangis ketika menonton filem tertentu, bukan? Menangis macam baru lepas potong bawang pula tu.

Jangan malu kerana anda tidak berseorangan. Kajian mengatakan sebanyak 92 peratus orang yang menangis ketika menonton sekurang-kurangnya satu filem. Anda sebenarnya kuat dari segi emosi!

Walaubagaimanapun, ramai yang masih percaya menangis adalah satu tanda kelemahan. Ini mungkin benar untuk lelaki, yang membesar dengan mendengar kata-kata "lelaki tidak menangis", menjadikan perkara ini sukar untuk diterima.

Tetapi, tiada sesiapa pun yang perlu menyembunyikan air mata mereka. Ini yang akan menjadikan kita manusia. Malah, menangis ketika filem juga dapat membuatkan anda menjadi lebih empati, sosial, dan bermurah hati.


Empati membuatkan kita menjadi lebih baik, manusia yang lebih kuat.

Ini sangat masuk akal kerana kita seolah-olah berada di tempat orang lain dan membayangkan satu realiti yang berbeza, mungkin lebih sukar daripada kehidupan kita. Hasilnya, kita menjadi orang yang lebih terbuka mindanya dan individu yang memahami, membuatkan kita lebih berkasih sayang dengan orang lain.

Apabila kita menonton filem dengan pengisian yang tinggi dengan emosi, tubuh akan mengeluarkan oxytocin - satu hormon yang juga bertindak sebagai neurotransmitter. Oxytocin akan membantu untuk kita berhubung dengan manusia lain dan menjadikan kita lebih penyayang, mempercayai, dan tidak mementingkan diri.


Selain itu, menangis juga dapat mengurangkan tekanan. Malah, tanpa air mata, kita tidak akan mampu untuk melihat. Air mata membantu untuk mengekalkan pandangan mata dengan memberikan pelincir yang penting untuk bulu mata dan bola mata.

Dikuasakan oleh Blogger.