Header Ads

Orang Bijak Memiliki Satu Persamaan: Mereka Berjaga Malam Lebih Lama


Siang dan malam itu berbeza. Begitu juga dengan keadaan diri anda pada waktu siang dan malam. Bulan atau waktu malam adalah untuk perkara yang sukar dilihat, di bawah jambatan atau di bawah selimut - untuk hati yang tidak tenang dan fikiran yang sarat dengan pelbagai perkara.

Malam juga waktu untuk merancang sesuatu sama ada perkara baik atau buruk dan untuk jatuh cinta. Ketika ini juga anda akan merasakan kesunyian. Pada waktu malam, anda akan melihat keinginan sebenar anda. Anda memikirkan apa yang anda lalui sepanjang hari, malah anda menyesali hari-hari yang berlalu. Anda juga mengalirkan air mata pada bantal.

Oleh kerana itu, mereka yang berjaga malam lebih bijak berbanding mereka yang tidur awal. Ianya perkara biasa jika mereka yang tidur awal tidak melalui perubahan psikologi dan emosi yang berlaku di bawah kegelapan selimut.

Kajian turut menunjukkan bahawa individu yang pintar akan tidur sedikit lewat setiap hari. Satoshi Kanazawa, seorang ahli psikologi melaporkan bahawa purata IQ dan corak tidur adalah sangat berkait rapat, membuktikan bahawa mereka yang berfikir pada waktu malam lebih bijak.

Otak yang biasa akan mengikut corak hidup seperti masa lalu, hidup yang aktif ketika matahari masih ada. Orang yang bijak pula akan bertindak melawan arus dan mencipta corak hidup mereka sendiri.

Menurut laporan oleh "Study Magazine", ini adalah waktu tidur dan bangun oleh rakyat Amerika ketika usia 20-an yang dibezakan mengikut IQ.

Sangat dungu (IQ < 75)
Hari minggu: 11:41 pm - 7:20 am
Hujung minggu: 12:35 am - 10:09 pm

Normal (90 < IQ < 110)
Hari minggu: 12:10 am - 7:52 am
Hujung minggu: 1:13 am - 10:14 am

Sangat pintar (IQ > 125)
Hari minggu: 12:29 am - 7:52 am
Hujung minggu: 1:44 am - 11:07 am

Data ini menunjukkan orang yang berjaga malam atau digelar burung hantu merasakn itulah waktu sebenar untuk menikmati hidup ketika orang lain sudah mulai lena. Ianya penting untuk kita bermuhasabah.

Ketika ini juga anda berpeluang untuk berangan-angan, mengosongkan minda, dan berfikiran krreatif. Anda juga dapat menguji tahap anda dan mencabar diri sendiri. Burung hantu ini yang akan berkorban dan mencipta perkara baru. Malah, burung hantu ini juga ingin mengembangkan minda mereka, bukan menutupnya hanya kerana orang memberitahu itu adalah waktu tidur.

Pentingnya waktu malam untuk muhasabah kembali kehidupan di dunia, untuk kita mengubah diri menjadi lebih baik, dan untuk kita mengubah diri supaya sentiasa bermanfaat kepada manusia lain.

Dikuasakan oleh Blogger.