Header Ads

Natalia, Insta Famous Tanpa Menunjukkan Wajahnya


Meraih populariti melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram sangat mudah jika anda seorang artis atau atlet, tetapi anda juga boleh menjadi terkenal jika anda sangat cantik atau kaya. Tetapi, bagaimana seorang gadis biasa berusia 20 tahun dari Warsaw, Poland berjaya memperoleh lebih 100,000 pengikut di Instagram tanpa menunjukkan wajahnya?

Sejak tiga tahun mempunyai akaun Instagram, Natalia hanya mempunyai 443 post sahaja, agak rendah jika dibandingkan dengan insta famous yang lain. Gadis ini percaya bahawa ianya berkait dengan gambarnya yang tidak menunjukkan wajahnya.


Ya, kadangkala anda boleh melihat salah satu matanya, bibirnya, belakang kepalanya, tetapi tiada sesiapa pun yang tahu bagaimana rupanya yang sebenar. Kebiasaannya, dia yang mengambil gambar rakan-rakannya, dan akaun Instagram miliknya menggambarkan pandangan dunia melalui matanya.

"Mereka sering menanti gambar seterusnya jika saya akhirnya mendedahkan wajah saya, dan setiap kali itu, saya menunjukkan beberapa sentimeter wajah saya," ujarnya ketika ditemuduga. Dia juga dapat menjalani kehidupan biasa kerana dapat membezakan kehidupan peribadinya dan tidak dikenali di khalayak ramai. Tiada satu pengikutnya yang mengenalinya secara fizikal.

Di samping itu, dia akui bahawa Instagram telah mengubah kehidupannya. Media sosial itu telah menjadi sumber pendapatan utamanya apabila dia menyertai kempen pengiklanan dan mempromosikan pelbagai jenama dan produk di profilnya. Dia juga telah memperoleh kerja yang tetap sebagai seorang pakar media sosial.



Dikuasakan oleh Blogger.