Header Ads

Mereka Yang Tinggal Berhampiran Dengan Jalan Yang Sibuk Berisiko Menghadapi Masalah Ini


Berita BBC melaporkan bahawa orang yang tinggal berhampiran dengan jalan-jalan utama mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah nyanyuk.

Satu kajian di Kanada mendapati bahawa mereka yang tinggal dalam lingkungan 50 meter dari jalan raya yang sibuk adalah 7 peratus lebih berpotensi untuk menghidap masalah nyanyuk berbanding mereka yang tinggal sekurang-kurangnya 300 meter lebih jauh.


Selain itu, satu kajian yang dijalankan pada tahun lepas mendapati, wujudnya bukti bahawa zarah yang terhasil daripada pencemaran udara boleh masuk ke dalam otak manusia.

Walaupun kajian ini tidak menemukan bukti pencemaran udara dapat menyebabkan penyakit lupa, pencemaran udara yang berpunca daripada trafik boleh membawa kepada pendedahan yang luas terhadap toksin yang berbahaya seperti nitrogen oxides.


Dikuasakan oleh Blogger.